suria

Pemilik dedah kisah Keding ‘diminati’ abang sendiri, kaki tiba-tiba jadi besar - “Dua-dua jantan tapi nak mengawan bersama”

Keding (kiri) dan abangnya, Ricky merupakan kucing yang dipelihara seorang pelajar di Ipoh, Perak.

SEMENJAK dua menjak ini, banyak kisah mengenai kucing berwarna oren yang popular dengan gelaran 'oyen' menghiasi paparan di media sosial.

Bagaikan menjadi penghibur buat peminat kucing di luar sana, ada sahaja kisah nakal dan lucu melibatkan haiwan itu dikongsi sehingga menjadi tular.

Terbaharu, seekor lagi kucing berwarna oren yang dikenali sebagai 'Keding' oleh pemiliknya turut mencuri tumpuan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Oyen memang suka buat benda mengarut” - Pasang hazard light minta bantuan, pemilik akui kucingnya pelik... minum guna tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup terbalikkan pasu ibu, Micko buat hal bawa pokok dan tanah masuk bilik... tak macam Micky, baik je!

Menurut Asrar Maryam Aqlima, 23, dia pada minggu lalu terkejut melihat kaki kucingnya tiba-tiba menjadi bengkak sebelum berkongsi hal itu di Twitter.

"Tak tahu kena sengat apa. Tiba-tiba jadi besar dan bengkak. Tapi Keding macam tak sakit pun.

"Mula-mula tak perasan, sebab tak besar. Keding pun nampak relax. Kalau nak pegang kaki, Keding macam nak elak... tak bagi pegang.



Kisah Oyen menjadi tular di laman Twitter.

"Baru perasan kaki membengkak. Mungkin kena gigit semut kot. Memang agak risau. Kalau berterusan nak bawa ke klinik haiwan tapi bengkak dah surut pada malamnya," ujar gadis itu kepada mStar.

Mesra disapa Maryam, dia memiliki lima ekor kucing yang mana semuanya berwarna oren.

Namun katanya, Keding tidaklah terlalu nakal jika hendak dibandingkan dengan 'abangnya' yang dikenali sebagai Ricky.

Ricky dengan Keding, dua-dua jantan tapi nak mengawan sesama mereka. Yang si Ricky kejar Keding, nak gigit.

ASRAR MARYAM AQLIMA

PEMILIK KUCING

"Dia agak nakal. Keding pernah tangkap lalat, lepas tu dia makan. Tapi tak semua kucing warna oren ni nakal.

"Kalau kira, abang Keding iaitu Ricky lagi nakal," ujarnya dalam nada berseloroh.



Keding mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba pada minggu lalu.

Antara kisah lucu lain dikongsikan Maryam termasuklah sikap ganjil Ricky yang seolah-olah mahu mengawan dengan Keding sedangkan mereka berdua merupakan kucing jantan.

"Mak kucing tu dah tak ada. Ricky dan Keding adik beradik, dengan seekor lagi kucing betina. Kemudian saya ada dua ekor lagi kucing.



Maryam mengakui kehadiran kucing-kucing peliharaan menjadi penghibur dalam keluarganya.

"Ricky dengan Keding, dua-dua jantan tapi nak mengawan sesama mereka. Yang si Ricky kejar Keding, nak gigit," ujarnya yang menetap di Ipoh, Perak.

Kata pelajar Universiti Tekonolgi Petronas (UTP) dalam bidang Kimia Gunaan itu, kehadiran kucing dianggap sebagai penghibur dan pelengkap dalam keluarganya.

Tambahnya lagi, dia juga sama sekali tidak menyangka posting mengenai haiwan peliharaannya itu boleh menjadi tular di laman Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
nakal, Keding, Oyen, kucing

Artikel Lain