SESI penggambaran sebuah jenama fesyen melibatkan seorang model pada Khamis lalu seolah-olah terganggu dengan kehadiran haiwan comel. Manakan tidak, tatkala Nuramalina Ghakashah, 28, sibuk memperagakan koleksi baju kurung, seekor kucing kepunyaan pemilik studio sibuk bermain-main di kakinya dan berkejaran di sekitar set. Nuramaina atau mesra disapa Lee kemudiannya berkongsi beberapa foto yang sempat dirakam sehingga ia mengundang perhatian ramai di Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: “Oyen memang suka buat benda mengarut” - Pasang hazard light minta bantuan, pemilik akui kucingnya pelik... minum guna tangan ARTIKEL BERKAITAN: Bagi kucing makan hari ini, esok dapat 2 tawaran kerja... Jejaka ini sungguh terkejut! Bercakap kepada mStar, kru kabin yang juga model sambilan itu mengakui terhibur dengan kehadiran haiwan berkenaan. "Ia memang kucing studio tu, sangat playful. Sebenarnya sebab ada kucing tu, nak photoshoot pun rasa gembira. Aksi seekor kucing yang menjadi penyeri sewaktu sesi photoshoot melibatkan Lee baru-baru ini. foto: Larney "Kami pun tahu ia tak akan cakar sampai luka, cuma main-main kat kaki. Masa shoot, set tu macam dia punya. "Ada satu ketika, jurufoto pegang kucing tu sambil tangkap gambar. Lepas tu macam tak boleh nak kawal, pemilik ambil kucing tu dan letak dalam sangkar untuk kami teruskan photoshoot. Saya pun ada 'soft spot' untuk kucing, sebab salah seekor kucing saya yang nama Thor tu down syndrome. NURAMALINA GHAKASHAH KRU KABIN/MODEL SAMBILAN "Saya pun sekadar kongsi gambar tu di Twitter, tak sangka menarik perhatian. Tapi seronok kami shoot dengan kehadiran kucing tu," ujarnya sewaktu dihubungi. Lee yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur berkata dia sebenarnya tidak kekok berdepan dengan haiwan itu. Malah katanya, dia sendiri turut memiliki empat ekor kucing termasuk seekor yang kelainan upaya. Salah seekor kucing Lee yang digelar sebagai Thor. "Saya pun bela empat ekor kucing. Bila ada kucing, boleh buat hilang penat bila seharian bekerja. Macam terapilah. "Saya pun ada soft spot untuk kucing, sebab salah seekor kucing saya yang nama Thor tu down syndrome. "Masa umurnya sebulan, pernah terjatuh, berlaku gegaran otak sampai lumpuh. Tapi sekarang dah OK sikit," ujarnya yang sudah 10 tahun berkecimpung sebagai model. Lee mengakui dia juga memiliki empat ekor kucing peliharaan. Di Twitter, posting Lee mengenai sesi photoshoot itu turut menerima lebih 2,600 tanda suka (likes). Malah, beberapa pelayar Twitter turut meninggalkan komen dan mengakui terhibur melihat aksi comel haiwan tersebut. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!