suria

Nota ditinggalkan rider jawab punca kematian kucing kesayangan, apa yang ditulis buat air mata pemilik gugur kali kedua

Pemilik kucing bernama Ntah terharu dan sebak apabila menemui nota yang ditinggalkan di dalam peti surat di rumahnya.

KUCING seringkali dijadikan sebagai haiwan peliharaan kerana gelagatnya yang lincah dan manja.

Wajahnya yang comel serta aksinya yang lincah bisa membuatkan manusia 'cair'.

Malah kehadirannya juga mampu menceriakan suasana serta menghilangkan tekanan pemiliknya selepas penat bekerja seharian.

ARTIKEL BERKAITAN: Depresi selepas beranak, doktor terkejut lihat Afiyah himpit 5 anak sebelum menangis, peluk cium bangkai - “Menyedihkan, setiap 15 minit sawan”

ARTIKEL BERKAITAN: Si bulus merajuk gara-gara tuan terpicit ‘berlian’ masa mandi, terus tak nak keluar bilik air – “Mia datang dekat pun tak layan”

Justeru tidak hairanlah haiwan peliharaan ini dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga, dan hanya pencinta kucing sahaja yang tahu betapa peritnya rasa apabila kehilangan haiwan tersebut.

Sungguh pun yang 'pergi' itu hanya seekor kucing, namun ia tetap memberikan kesan mendalam buat pemiliknya, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang wanita.



Nota yang ditinggalkan oleh seorang rider benar-benar membuatkan Rosliza sebak dan terharu.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Rosliza Saad berkongsi kesedihannya yang baru sahaja kehilangan salah seekor kucing yang dipelihara sejak dua tahun lalu.

Dalam perkongsian tersebut, Rosliza menceritakan bahawa kucing bernama Ntah itu menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa jam nazak, pada Ahad lalu.

"Ntah ni seekor kucing kampung. Baru-baru ini, kami masukkannya dalam sangkar sebab sekarang ni kebanyakan kucing diserang virus Feline Parvo. Kalau keluarkan pun, kami pasti akan pantau.

"Sehari sebelum mati, Ntah ada bawak balik tikus tapi ia tak makan, cuma main-main. Pada Ahad lalu, saya dan suami keluar tapi letakkannya dalam rumah. Bila pulang lewat malam tu, nampak Ntah dekat tepi pagar.



Gambar kenangan bersama Ntah ketika Aidilfitri baru-baru ini.

"Masa itu mulutnya berbuih dan ia masih bernyawa. Kami pun flush supaya ia muntah, bimbang sebab dia termakan racun dari tikus.

"Kami bercadang nak bawa pergi klinik esok pagi. Setiap beberapa jam, saya dan suami akan jenguk dia dan usap minta ia bertahan sebelum ke klinik," katanya berkongsi cerita dengan mStar.

Namun belum sempat dibawa ke klinik, Ntah mati awal pagi Isnin.

Daripada apa yang ditulis, antaranya dia minta moga Tuhan tak tarik rezeki dia sebab terlanggar kucing, buatkan kami terharu. Jadi kami sekeluarga nak dia tahu, yang kami tak marah langsung, demi Allah.

ROSLIZA SAAD

PEMILIK KUCING

"Kali terakhir kami jenguk pukul 4.30 pagi, Ntah masih bernyawa. Tapi masa bangun nak solat Subuh, suami tiba-tiba meluru sambil berair mata dan beritahu Ntah dah tak ada.

"Sedih sangat-sangat sebab Ntah ni kucing pertama yang kami pelihara sebab anak lelaki suka. Sebelum ni saya langsung tak suka kucing, tapi ia kemudian berubah menjadi sayang," ujar wanita berusia 38 tahun ini.

Di kala wanita ini dan keluarganya reda dengan kehilangan Ntah, namun mereka sekeluarga sama sekali tidak menyangka apabila mendapat tahu kisah sebenar mengenai kematian kucing kesayangan, dua hari kemudian.

Rosliza berkata segala-galanya terbongkar apabila dia menemui sehelai nota yang ditinggalkan di dalam peti surat kediamannya pada Selasa lalu.



Gelagat lucu Ntah yang dirakam sebelum ini menjadi pengubat rindu Rosliza terhadap kucing kesayangannya itu.

Nota itu ditulis oleh seorang penghantar makanan (rider) yang memohon maaf kerana tidak sengaja terlanggar kucing milik Rosliza.

"Bila terbaca nota tu, terus gugur air mata saya. Adik rider ni mengaku dia terlanggar Ntah. Apa yang buat saya terharu adalah kejujurannya. Zaman sekarang susah nak cari orang yang jujur.

"Daripada apa yang ditulis, antaranya dia minta moga Tuhan tak tarik rezeki dia sebab terlanggar kucing, buatkan kami terharu. Jadi kami sekeluarga nak dia tahu, yang kami tak marah langsung, demi Allah.

"Malah kami berterima kasih sebab dia alih dan letakkan Ntah di tempat selamat. Kalau diberi peluang, kami nak sangat jumpa adik rider ni," ujar wanita ini.



Antara kucing baka kacukan yang turut dipelihara oleh Rosliza.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Rosliza berkata dia berharap agar netizen tidak mengecam atau menyalahkan rider berkenaan.

"Saya muat naik dan tag kawan-kawan saja sebab mahu posting ni sampai ke pengetahuan rider tersebut sebab kalau boleh nak bertemu dengan insan jujur ni.

"Ada yang komen kata dia bawa laju dan sebagainya. Jangan salahkan atau kecam dia. Apa yang dilakukannya ini menunjukkan hatinya sangat baik," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kucing, rider, rezeki, nota, langgar

Artikel Lain