suria

Wow, video belum habis edit tapi dah viral! Ramai teruja tengok ‘Blackpink Malaysia’ menari di Bukit Bintang... sayangnya ada juga yang mulut jahat

Kehadiran empat penari ini mencuri perhatian orang ramai yang berada di sekitar Bukit Bintang pada Jumaat.

AKSI lincah empat individu yang sedang menari lagu How You Like That dendangan asal kumpulan K-Pop Blackpink di Bukit Bintang, Kuala Lumpur menjadi tular di media sosial.

Dikongsi oleh seorang pelayar Twitter pada Sabtu, rakaman berdurasi 30 saat itu mengundang perhatian ramai sehingga meraih lebih 200,000 tontonan.

Menurut salah seorang ahli kumpulan itu, Abdul Jabbar Rajimin, 23, mereka berempat merupakan pelajar bidang tarian dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kongsi sijil dekan, gantung gambar artis K-Pop pada lanyard - “Hidup saya berubah selepas minat Monsta X, lebih bersemangat”

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah pengurus warga tua minat BTS tepis hujah hanya gadis IQ rendah minat kumpulan K-Pop itu - "Ada toxic fans, menyamar buat akaun palsu"

"Kami semua pelajar Aswara, idea untuk buat video tarian tu datang daripada salah seorang kawan kami. Jadi sebelum itu masing-masing buat latihan sendiri.

"Hari Khamis sehari je kami berlatih secara satu kumpulan untuk set pola lantai dan koreografi penuh, esoknya pada Jumaat terus buat rakaman di beberapa lokasi di Bukit Bintang.

"Kami rakam dari 5 petang dan selesai pada 10 malam. Sekarang tengah edit dan video itu akan dikeluarkan di YouTube berkemungkinan pada minggu depan," ujarnya kepada mStar.

Di sebalik tabir rakaman tarian How You Like That.

Menurut Jabbar lagi, dia sama sekali tidak menyangka video yang dirakam oleh pengunjung lokasi itu akan menjadi tular sebelum video rasmi diterbitkan kelak.

Namun katanya, dia melihat perkara itu sebagai satu pendedahan awal sekali gus membuatkan ramai netizen tidak sabar untuk menonton hasil akhir rakaman tersebut yang siap disunting.

"Sejujurnya kami tak jangka ia akan viral. Kami pun buat rakaman ni secara suka-suka. Tak sangka ada orang rakam kami tengah menari dan post video di Twitter.

Bila baca komen, ada juga yang buat body shaming. Dia cakap, menari tapi tak kurus juga.

ABDUL JABBAR RAJIMIN

"Jadi secara tak langsung ia beri pendedahan mengenai kami. Tipulah kalau cakap tak nervous. Sebab rasa risau, menari di tempat terbuka," ujarnya.

Penangan video tular itu, mereka turut menerima komen negatif termasuklah isu body shaming salah seorang ahli kumpulan itu.

Malah, ada yang turut memperkatakan mengenai pemakian kasut tumit tinggi oleh Jabbar dan seorang lagi ahli lelaki dalam kumpulan itu.

Empat penari bersama dua jurukamera dan seorang lagi kru yang terlibat dalam pembikinan video itu.

"Bila baca komen, ada juga yang buat body shaming. Dia cakap, menari tapi tak kurus juga. Tapi bila fikir balik tak perlu ambil serius. Abaikan kecaman.

"Kasut tumit tinggi tu pula, memang tak plan. Bila seorang nak pakai, kebetulan ada lebih, why not kalau seragamkan kostum.

"Itu pun pertama kali saya menari pakai kasut tumit tinggi. Tahan sakit juga bila berjalan di sekitar Bukit Bintang," ujarnya lagi.

Jabbar tidak sangka video tarian dia dan rakan-rakannya tular di media sosial.

Selain Jabbar, kumpulan tari itu turut disertai Mohd Zulkarnain Zuber, 27, Lilis Jah Izzati Mohd Yatim, 26 dan Nur Amira Amiruddin, 24.

Malah, mereka turut dibantu dua jurukamera, Muhammad Nur Azammudin Tumiran, 24, Ahmad Zhafran Mohamed Zin, 24, merangkap pengurus dan seorang lagi kru iaitu Rabi'atulsyahindah Binti Azman, 21.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain