BELUM pun reda kisah makcik yang tular kerana menikmati hidangan sambil memakai tag merah jambu di tangan, seorang lagi individu 'dikesan' melanggar tempoh kuarantin apabila keluar melepak di sebuah kopitiam. Menerusi foto yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter petang Selasa, kelihatan seorang lelaki berbaju kemeja-T kelabu dan berseluar pendek sedang duduk di sebuah restoran sambil memeriksa telefon bimbit. Apa yang menjadi persoalan adalah lelaki berkenaan yang memakai wristband atau gelang tangan merah jambu itu baru pulang dari luar negara dan sepatutnya menjalani kuarantin 14 hari di rumah?. ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Makcik pakai tudung, wristband pink... tunggu denda dan tindakan selanjutnya ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia, warga asing pulang dari luar negara akan jalani kuarantin wajib mulai Jumaat ini "Contoh lembu yang tak reti makan dalam kandang," tulis pengguna Twitter tersebut menerusi akaun IsaacosmanTV, sehingga diulang kicau lebih 25,000 kali. Posting yang mendedahkan individu yang dipercayai melanggar tempoh kuarantin wajib di rumah. Pemuda berkenaan mendakwa, lokasi kopitiam yang dikunjungi lelaki berkenaan adalah berdekatan Desa Sri Hartamas di Kuala Lumpur. "Aku terus blah sebab lembu biasanya tak dengar cakap manusia," katanya tanpa mengulas lanjut namun memberitahu telah membuat laporan berhubung kejadian itu. Foto yang dikongsikan pemuda tersebut kembali membangkitkan kemarahan apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab melanggar peraturan kuarantin wajib di rumah. Malah, ada yang menyuarakan kebimbangan mereka berikutan kes jangkitan Covid-19 kembali meningkat kepada dua angka sejak kebelakangan ini. "Sakitnya hati. Call jelah polis. Degil benar kenapalah malaun spesies begini. Kot ye pun lapar... Foodpanda ada, GrabFood ada, macam-macam kot. Order jelah. Ni tak, keluar sesuka hati," komen seorang netizen. "Tolong ambil tindakan please. Kita baru nak hidup semula cari rezeki apa bagai," ujar seorang netizen yang merujuk kepada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir tiga bulan kini diberikan banyak kelonggaran menerusi PKP Pemulihan (PKPP). Sebelum ini tular mengenai seorang wanita yang melanggar tempoh kuarantin wajib di rumah. Malah, ada yang mempersoalkan bagaimana individu berkenaan terlepas masuk ke dalam premis tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti membuat pendaftaran "Macam mana boleh lepas masuk? Pemilik kedai tak periksa ke? Kan nak kena ambil suhu," soal seorang netizen. "Lepas ni kalau nak masuk kedai, selain daripada SOP yang ada sekarang kena tambah lagi, kena tunjuk tangan sampai ke lengan," kata seorang netizen. Lepas ni kalau nak masuk kedai, selain daripada SOP yang ada sekarang kena tambah lagi, kena tunjuk tangan sampai ke lengan. NETIZEN "Saman premis tu sekali. Sepatutnya mereka alert dengan tag tangan," katanya. Pada Isnin, satu Malaysia kecoh dengan seorang wanita selamba keluar makan, sambil memakai tag merah jambu, menunjukkan dirinya masih dalam tempoh kuarantin di rumah. Foto itu menunjukkan wanita digelar netizen sebagai ‘makcik’ asyik menikmati hidangan di sebuah restoran di Ipoh, Perak. Antara komen netizen yang berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab. Susulan kedegilan segelintir pihak yang tidak mematuhi SOP dan peraturan kuarantin wajib di rumah setibanya dari luar negara, kerajaan mengumumkan bahawa perintah kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan bermula Jumaat ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah wajib itu dikenakan terhadap semua rakyat Malaysia dan warga asing yang pulang dari luar negara. Menerusi sidang media pada Selasa, Ismail Sabri menjelaskan bahawa mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam (ILA) atau hotel berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini. Tambah beliau, rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air tidak lagi diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 di negara asal dalam tempoh tiga hari sebelum tarikh penerbangan, namun warga asing tetap perlu menjalani ujian berkenaan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!