suria

Dahlah culas bayar sewa, rumah bertukar bengkel kereta... paling uji kesabaran bil tertunggak lebih RM5,000! - “Bila minta duit, tuan rumah dimaki hamunnya”

Seorang pemilik rumah kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab penyewanya yang enggan menjelaskan hutang serta bil yang tertunggak. Gambar hiasan.

"SEPANJANG saya sewakan rumah selama 10 tahun, tak pernah terkena dengan penyewa yang macam ni"

Demikian tulis seorang wanita meluahkan rasa sedih dan terkilan lantaran berdepan dengan sikap penyewa yang langsung tidak bertanggungjawab apabila enggan melunaskan hutang sewa rumah dan bil utiliti yang tertunggak.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, wanita berkenaan berkata dia mula menyewakan rumahnya kepada sepasang suami isteri pada 1 Januari 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk ‘rumah taman’ tapi bela kambing, 2 jiran terpaksa ‘cabut’ tak tahan bau tahi - “Dah tegur tapi jawapan diberi sangat tak disangka”

ARTIKEL BERKAITAN: “Rupa-rupanya ghaib dah empat bulan” - Anak simpati nasib ibu dapat ‘penyewa hantu’, alasan diberi langsung tak masuk akal

Sepanjang tahun pertama menyewa, pasangan suami isteri berkenaan tidak menimbulkan masalah dan menjelaskan bayaran sewa rumah pada tempoh yang ditetapkan.

"Biasalah, mula-mula sewa elok saja bayarannya. Mulut pun manis saja. Lama-lama dalam tahun 2019 dah mula lewat-lewat bayar. Pernah sampai empat bulan lewat asyik berjanji je.

"Bila call mintak duit, boleh pula kita ni sebagai tuan rumah di maki hamunnya. Bila tahap kesabaran dah hilang, saya dan suami ambil keputusan untuk bagi notis saja," tulisnya.



Masalah bermula selepas setahun pasangan berkenaan menyewa rumah milik wanita tersebut, apabila bayaran sewa lambat dijelaskan. Gambar hiasan

Tidak cukup dengan sikap culas membayar sewa, pasangan suami isteri berkenaan juga menguji kesabaran tuan rumah apabila sesuka hati menjadikan kediaman tersebut sebagai bengkel sementara.

"Jiran pun complain sebab dia buat bising rumah jadi bengkel kereta. Dah tegur, tetap sama saja. Katanya repair kereta sendiri. Korang tengoklah gambar," tulisnya sambil turut memuat naik beberapa keping gambar sebagai bukti.

Kesabaran wanita ini mencapai kemuncaknya apabila mendapat tahu bahawa bil utiliti yang tertunggak mencecah hampir RM5,000!



Wanita itu terkejut apabila mendapat tahu bil utiliti yang tertunggak hampir mencecah Rm 5,000. Gambar hiasan

"Bila dah bagi notis, saya suruh selesaikan bil-bil tertunggak. Katanya nanti dia bayar. Kami ingatkan tak banyak.

"Tapi Allahuakhbar, kami terperanjat tengok bil elektrik sampai cecah RM5,000. Bil air RM100 lebih. Bil Indah Water tak pernah bayar pun," tulisnya.

Walaupun mencuba pendekatan berlembut dan memberi peluang agar pasangan berkenaan membuat bayaran secara beransur-ansur, namun kesudahannya ibarat mencurah air ke daun keladi.



Usaha untuk mendapatkan kerjasama pasangan penyewa itu ibarat mencurah air ke daun keladi apabila mereka tidak memberi maklum balas setiap kali dihubungi. Gambar hiasan.

"Kami dah bagi masa suruh selesaikan ansur-ansur dari notis terakhir dia keluar rumah 30 Januari lalu dan sekarang dah bulan 8 masih tak settle.

"Mesej dah tak berbalas. Korang rasa boleh sabar ke? Dah pergi buat report polis pun dia tak heran. Nak sewakan pun dah tak boleh, hutang tak selesai. Nak bayar bank bulan-bulan lagi. Kami tak mampu.

"Ya Allah tabahkanlah hati kami nak cari duit nak selesaikan segala hutang yang berkoyan-koyan ni. Kepada penyewa-penyewa rumah yang lain jauhkanlah dari dapat penyewa yang macam ni," tulisnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
culas, sewa, bil, tertunggak

Artikel Lain