suria

Tahniah! Dr Amalina bertunang dengan jejaka mat salih - “He is my boo...”

Dr Amalina berkongsi berita gembira itu pada Isnin petang.

LAMAN sosial doktor kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri dihujani dengan ucapan tahniah pada Isnin petang selepas beliau mengumumkan pertunangannya dengan seorang jejaka berbangsa asing.

Selain foto bersama jejaka berkenaan, Dr Amalina turut berkongsi foto sebentuk cincin lamaran yang diterimanya.

"Teruja mengenai rancangan perkahwinan. #Engaged, ” tulisnya menerusi kapsyen di Instagram dan Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Virus tak suka air panas? Dr Amalina sangkal mitos Menteri Kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah berapa kali saya cakap, itu mitos, tolonglah baca abang oi...” – Dr Amalina tegur netizen lelaki ‘terlebih pandai’ bab kanser payudara

Dalam tempoh sejam sahaja, kedua-dua posting di platform media sosial berkenaan menerima ribuan tanda suka daripada netizen.

Malah, rata-rata komen menzahirkan rasa teruja mereka atas berita itu di samping menitipkan ucapan selamat buat pasangan berkenaan.

"Tahniah doktor, akhirnya. Semoga dipermudahkan semua urusan.

Antara foto pasangan itu yang dikongsi di laman sosial.

"Tahniah doktor, kami semua sangat gembira untuk kamu.

"Doktor kegemaran saya dah bertunang. Tahniah, moga ikatan berkekalan selamanya.

"Tahniah, moga semuanya berjalan lancar," tulis beberapa netizen.

Teruja mengenai rancangan perkahwinan.

DR AMALINA CHE BAKRI

Di ruangan komen Instagramnya, pengacara popular Datuk Aznil Nawawi turut kelihatan memberi ucapan tahniah buat pasangan itu.

Untuk rekod, Dr Amalina mengesahkan hubungan itu menerusi jawapan yang diberikan di Twitter pada 7 Mei 2018.

"Yes to answer your question, he's my boo," tulisnya menjawab soalan netizen selepas berkongsi foto bersama jejaka itu.

Dr Amalina dihujani ucapan tahniah menerusi laman sosial pada Isnin.

Jawapan itu ternyata mengundang perhatian ramai sehingga ramai ternanti-nanti untuk melihat beliau mendirikan rumah tangga.

Namun sehingga kini, Dr Amalina tidak pernah mendedahkan nama sebenar serta apa-apa informasi lanjut mengenai jejaka pilihannya itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain