suria

Belum kahwin dah menyakitkan hati! Bakal isteri kerja pasar raya, pemuda berangan ‘pencen’ awal - “Patutlah perempuan lagi sanggup single”

SEORANG lelaki membuat perkongsian mengenai bakal isterinya yang bekerja di sebuah pasar raya. Gambar hiasan/Foto SAMUEL ONG/Thes Star

DALAM keadaan ekonomi yang tidak menentu, terutama kesan akibat pandemik Covid-19, ramai mula mengambil inisiatif untuk membuat lebih satu kerja dalam satu masa.

Sama ada bujang atau berkahwin, mempunyai kerja lebih daripada satu bukan lagi luar biasa kerana begitulah apa yang perlu dilakukan demi kelangsungan hidup.

Namun, berbeza pula dengan seorang pemuda yang memasang angan-angan untuk berhenti kerja apabila berkahwin nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini tetap demand hantaran paling kurang RM15,000,"Lelaki nak isteri pandai masak, baik cari orang gaji je"

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini dikecam gara-gara cakap tak serupa bikin,"Ikut lelaki mampu, tapi I ada degree paling kurang RM15,000"

"Bakal isteri saya kerja pasar raya, gaji RM1,200. Patut ke saya kerja lagi?" soalnya, sehingga postingnya itu menjadi tular di media sosial.



Persoalan seorang pemuda menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Timbul pelbagai reaksi terutama kecaman dan lelaki berkenaan dikritik kerana menggambarkan gaji RM1,200 adalah mencukupi dengan kos sara hidup yang tinggi.

"Kepada bakal isteri eloklah tarik diri jangan kahwin dengan lelaki pemalas ni. Kalau kau tak mintak cerai, kau menyesal nanti," komen seorang netizen.

Tak payah kerja. Kau jadi biawak hidup je la. Eh sakit pulak hati.

NETIZEN

"Baru bakal isteri belum sah lagi, dah plan nak pencen," ujar yang lain.

"Isteri tanggung suami ke zaman sekarang? Patutlah banyak perempuan lagi sanggup hidup single," tulis seorang wanita.



Antara komen netizen.

Malah, ada yang berang dengan pertanyaan lelaki berkenaan yang disimpulkan sebagai manusia pemalas dan hanya mementingkan diri sendiri.

"RM1,200 tu nak makan apa lepas bayar komitmen? Ubi kayu? Telur ayam? Pasir? Belum kira perbelanjaan anak-anak lagi. Boleh tanya patut ke kerja lagi? Baik tak payah kahwin kalau kemudian menyusahkan orang,” ujar netizen dengan nada kesal.

"Tak payah kerja. Kau jadi biawak hidup je la. Eh sakit pulak hati," kata seorang netizen menyindir.

"Tak payah kerja, kahwin pun tak payahlah bang," komen netizen lain memberikan jalan penyelesaian terbaik buat pemuda berkenaan bagi menjawab persoalannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain