DENGAN memanfaatkan populariti di laman sosial Instagram dan aplikasi video TikTok, pelajar ini mampu menjana pendapatan yang mencecah nilai empat angka. Menurut Nurin Lofa Adrianna Kirana, 16, dia yang mula membuat ulasan berbayar (paid review) sejak Ogos lalu kini mampu mencari wang sendiri bagi membantu keluarga. "Dulu saya tak ada keyakinan diri. Tapi suatu hari tu saya diejek hidung kembang di sekolah. Balik rumah, saya buat video membebel di TikTok dan tak sangka ia viral. ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum ni nak cuti kena ambil MC” - Ramai terkesan akibat Covid-19, Instafamous hilang separuh job bulanan ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kira bajet, Instafamous dan suami sepakat tangguh timang baby - “Biarlah dapat anak lambat, janji dapat beri keselesaan untuk mereka” "Kemudiannya bermula dari situ, ada peniaga online mesej nak saya buat review produk. Makin lama makin ramai. "Dalam dua hari, saya boleh dapat RM2,000. Boleh bagi kat keluarga, tolong mak... Alhamdulillah," ujarnya kepada mStar. Namun kata gadis yang menetap di Kuantan, Pahang itu, dia juga tidak terlepas dengan isu negatif apabila ulasan berbayar yang dilakukannya didakwa tidak berkesan. Nurin kini memiliki 200,000 pengikut di TikTok. Namun kata Nurin, dia hanya menerima satu aduan sahaja manakala pemilik perniagaan lain yang mendapatkan khidmatnya cukup berpuas hati dan tidak mempunyai sebarang isu berbangkit. "Sebenarnya view saya di Instagram tak sebanyak di TikTok. Saya tahu saya bukan top. Saya bukanlah Instafamous yang sangat famous. Saya 'baru nak up', bak kata orang. Dalam dua hari, saya boleh dapat RM2,000. Boleh bagi kat keluarga, tolong mak. NURIN LOFA "Saya rasa terkilan, orang tu boleh je mesej saya elok-elok. Tapi dia buat akaun palsu untuk komen memalukan saya. "Dia kata dah buat dua kali review tapi sales tak masuk. Tapi peniaga lain yang buat review dengan saya, semua bagi feedback memuaskan hati. "Ini pengalaman saya berhadapan benda macam ni, yang lain semua positif," ujarnya. Penghasilan video membebel secara spontan menaikkan nama Nurin di TikTok. Dedah Nurin, dia memiliki 36,000 pengikut di Instagram dan 200,000 pengikut di TikTok. Kata anak bongsu daripada enam beradik itu lagi, dia melakukan sehabis baik untuk setiap ulasan produk dan bersedia membantu sekiranya ada peniaga dalam talian yang berhadapan masalah. Namun katanya, biarlah perkara itu disampaikan secara profesional agar masalah boleh diselesaikan, bukan dengan membuat akaun palsu dengan komen tidak berhemah di media sosial .Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!