"LUKISAN cantik, pelukis pun cantik." Demikian komen seorang pelayar Twitter berhubung kisah seorang gadis dan lukisan akrilik di atas kanvas miliknya yang tular di laman sosial itu. Menerusi posting berkenaan, Nurhafizah Amni Mohd Azahar, 22, berkongsi karya seni yang dihasilkannya sehingga ia mengundang lebih 5,300 ulang kicau (Retweet). ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Nak tengok lukisan atau pelukisnya dulu? - “Cantik itu subjektif” ARTIKEL BERKAITAN: Pelukis tahan sabar pelanggan mahu bayar RM10 upah lukis potret, siap ‘siasat’ harga peralatan - “Pensel arang tu berapa?” Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Hafizah mengakui cukup terharu dengan komen positif yang diterima dan menganggap ia sebagai satu rezeki buat dirinya. "Rasa sangat-sangat dihargai. Sebab semua orang bagi kata-kata positif. Tak ada pun yang negatif. Rasa lebih bersemangat, passion makin membuak-buak. "Mengenai komen pasal paras rupa, saya ambil sebagai pujian. Tapi saya tak pandang sangat hal itu. Lebih penting apabila orang hargai karya lukisan saya," ujarnya. Hafizah merupakan penuntut UPM dalam bidang Seni Bina Landskap. Menurut penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor itu, dia juga tidak menyangka karya-karya yang dikongsi akan menjadi tular. Malah, dia turut dihujani banyak pertanyaan termasuklah yang berminat membeli lukisan-lukisan tersebut. "Kali pertama viral. Sebelum ni orang tak perasan pun. Saya sendiri tak sangka sebab kongsi untuk suka-suka. Pada saya, banyak juga cabarannya sebagai pelukis. Bila buat tapi tak jadi sebagaimana kita expect, tapi saya tak berhenti. NURHAFIZAH AMNI MOHD AZAHAR "Saya sebenarnya tak pernah terfikir pun untuk jadikan sebagai kerjaya sebelum ni. Tak pernah jual. Cuma ada sekali dulu saya sertai program jualan amal untuk tabung autisme. "Ramai juga yang mesej minta saya jual lukisan. Dengan respon begini, saya bersedia untuk jadikan ia sebagai pendapatan sampingan. "Saya juga ada rancangan untuk jalankan perniagaan berkaitan seni, tak semestinya jual lukisan semata-mata," ujar penuntut bidang Seni Bina Landskap itu. Hafizah mula melukis secara serius sewaktu berusia 17 tahun. Bercerita mengenai dirinya, Hafizah mengakui minat terhadap seni lukisan bercambah sewaktu dia berusia 17 tahun. Malah katanya, dia yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus atau kelas hanya mempelajari teknik lukisan sendiri dan kadang-kala membuat rujukan teknik menerusi YouTube. "Saya mula masa tingkatan lima. Masa tu baru start minat betul-betul dan mula kembangkan skill. Tapi sampai sekarang saya anggap diri sebagai beginner. Antara lukisan Hafizah yang dipuji netizen. "Sebab saya tak pernah ambil kelas. Pada saya, banyak juga cabarannya sebagai pelukis. Bila buat tapi tak jadi sebagaimana kita expect, tapi saya tak berhenti. "Saya akan terus touch up sampai jadi. Setakat ni tak pernah rasa nak putus asa kalau lukisan tak menjadi," ujarnya yang turut berkebolehan dalam seni lukisan doodle. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!