GANGGUAN bekalan air di Selangor ekoran pencemaran minyak dari sebuah kilang sejak Khamis ternyata memberi kesan buat rakyat negeri itu. Tidak terkecuali, seorang remaja dari Klang yang memuatnaik beberapa posting bercerita mengenai kesukaran yang dihadapi ekoran masalah tersebut sehingga menjadi tular. Danish Luthfan Harunnarashid, 17, berkongsi status menerusi aplikasi WhatsApp, kononnya mahu membuang air besar di dalam bekas pasir kucingnya pada Jumaat malam. ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran bau sungai akibatkan gangguan bekalan air Selangor, 4 beradik direman 6 hari ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik! Empat loji rawatan air di Selangor beroperasi semula Posting itu kemudiannya dikongsi sekali lagi ke laman Twitter oleh seorang rakannya sehingga ia mengundang perhatian ramai. Bercakap kepada mStar, pelajar yang mesra disapa Danish itu mengakui sekadar berjenaka sahaja dan tidak menyangka ia akan tular. "Terkejut saya, tak sangka boleh viral. Ingatkan member-member je yang tahu. Danish berkata, posting itu sekadar jenaka dan tidak menyangka ia akan meraih perhatian ramai. "Pada waktu tu, memang dah tak ada bekalan air. Saya keluar untuk ambil air tadahan hujan. Tiba-tiba idea datang untuk buat posting tu. "Kat rumah masih ada air, cuma sikit. Agak tak selesa. Memang seksalah tak ada air," ujarnya. Menurut Danish lagi, dia sekeluarga juga tidak menerima makluman awal mengenai gangguan bekalan air itu. Itu semua gurau-gurau je. Tak sangka boleh viral sampai macam ni. DANISH LUTHFAN Malah, dia mengakui ia banyak memberi kesan untuk menjalani kehidupan seperti biasa, sebagaimana dilalui penduduk Selangor yang lain. "Lagipun ia berlaku secara tiba-tiba, tak ada pemberitahuan dari mana-mana pun. Saya harap masalah ni dapat diatasi. "Pesanan saya juga kepada netizen, janganlah sesekali nak cuba buat aksi tu betul-betul (buang air dalam pasir kucing). Posting asal di WhatsApp sebelum ia tular di Twitter. "Itu semua gurau-gurau je. Tak sangka boleh viral sampai macam ni," ujarnya yang memiliki dua ekor kucing peliharaan. Posting jenaka berkenaan sehingga kini menerima lebih 4,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Dalam perkembangan terbaharu, empat pengurus kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang direman enam hari bermula Sabtu. Rakyat Selangor menghadapi gangguan air sejak Khamis lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua suspek lelaki berumur dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun itu direman sehingga Khamis depan. Ekoran pencemaran minyak dari kilang itu pada Khamis lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!