BUKAN saiz rumah menjadi ukuran, tetapi keadaan di dalamnya yang menjadi perhatian. Walaupun rumah asnaf mungkin dianggap biasa-biasa, namun apa yang lebih penting bagi sesebuah kediaman adalah penghuninya cukup selesa. Seorang guru merasai keterujaan sewaktu bertandang ke rumah yang dihuni tiga beranak pada hujung minggu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: "Semua bulu menegak, meremang..." - Tandas tak ada pintu, jalan pun kena bongkok, aktivis terkesima lihat rumah orang miskin bersih gila! ARTIKEL BERKAITAN: Dapur lantai tanah, langsir pisahkan bilik... sikit pun tak geli jejak rumah daif 6 sekeluarga ini - "Susunan baju melambangkan disiplin kuat" Menurut guru itu, keluarga tersebut terdiri daripada seorang bapa yang tinggal bersama dua anaknya masing-masing perempuan berusia 12 tahun dan lelaki berusia tujuh tahun. Keadaan di rumah tamu. "Aku buat terjah mengejut ke satu rumah asnaf. Sebaik masuk rumah, aku minta izin nak tengok bilik dan tandas. Allahu, seronok betul aku lihat rumah mereka. "Kecil, tapi kemas yakmat (ya amat)! Sebutir pasir pun tak melekat kat kaki bila masuk rumah. Semuanya tersusun elok saja," tulisnya menerusi halaman Facebook Mohd Fadli Salleh. Kelengkapan tersusun dan pakaian dilipat dengan kemas. Berkongsi kisah mengenai keluarga tersebut, Mohd Fadli berkata, mereka sebelum ini hanya tidur di sebuah stor kecil di tempat kerja bapa dua anak itu. "Di stor kecil yang sempit bertiga. Tidak mampu nak sewa rumah, maka stor tempat kerja si ayah dijadikan tempat tinggal sementara. "Sebaik aku dapat tahu pada awal tahun baru-baru ni, aku carikan rumah sewa berdekatan dengan sekolah anak-anak," ujarnya sambil menambah bahawa pihaknya turut membantu keluarga itu dari segi deposit rumah sewa serta menyumbangkan tikar getah dan tilam. Tiada kotoran di bilik mandi. Bukan sekadar itu, keadaan keluarga tersebut turut dipantau terutama memastikan kanak-kanak itu dihantar ke sekolah setiap hari. Lebih menggembirakan apabila anak sulung lelaki itu merupakan murid cemerlang dan menjadi kesayangan guru-guru di sekolah. Mereka mungkin susah, namun mereka menjaga kebersihan diri dan rumah MOHD FADLI SALLEH " Sesekali bawa mereka keluar makan, bagi barangan dapur dan bantu apa yang patut. Dah lama tak jumpa mereka. Last sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi. "Kali ini ada peluang, bawa mereka makan. Belikan barangan dapur, almari baju dan sebagainya. Aku hantar semua barangan ke rumah mereka dan terus buat spot check mengejut," tambahnya. Keadaan dapur juga bersih dan tersusun. Mohd Fadli bersyukur kerana melihat keluarga tersebut begitu mementingkan kebersihan meskipun hidup mereka serba kekurangan. "Alhamdulillah, mereka sangat pembersih orangnya. Tandas pun bersih dan berkilat. Suka betul aku bila lihat keluarga pembersih ni. "Mereka mungkin susah, namun mereka menjaga kebersihan diri dan rumah. Semoga keluarga ini dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan boleh membantu orang lain juga," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!