"SEAWAL usia dua tahun lagi, dia dah tunjuk minat masuk dapur" Demikian kata Zamila Zainun bercerita mengenai anak lelaki sulungnya, Muhammad Wafi Mohd Zaini yang langsung tidak kekok 'memegang senduk dan kuali' walaupun baru berusia sembilan tahun. Terdahulu, Zamila memuat naik beberapa keping gambar memaparkan anak sulungnya 'beraksi' di dapur di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Berbaloi jual jus mangga demi PS4, kini impian budak 10 tahun ini jadi nyata... Safawi bukan sahaja idola tapi nak sponsor! ARTIKEL BERKAITAN: Siswi perubatan jual choco jar, adik bongsu degil korek tabung sebab nak rasa lagi... apa dilakukan kakaknya sememangnya tanda sayang – “Dengan keluarga jangan kedekut” Menerusi perkongsian di laman sosial itu juga, Zamila memberitahu anak lelakinya itu mempunyai dapur sendiri iaitu 'single stove' kerana enggan mengganggunya ketika sibuk di dapur. "Anak lelaki saya sembilan tahun minta satu sudut dapur khas untuk dia. Disebabkan rajin dan minat masak, tunaikan la juga sudut dapur untuk dia. Sementara je. Nanti free tambah baik sudut dapur dia. "Adiknya enam tahun rajin order. Masak tak berapa minat. Minat prepare bahan masak dan kemas rumah je katanya," tulisnya. Muhammad Wafi sering dibantu oleh adiknya ketika berada di dapur. Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen dan menjadi tular di Facebook. Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Zamila berkata dia menyedari minat anak sulungnya terhadap bidang masakan sejak kanak-kanak tersebut berusia seawal dua tahun. "Masa Muhammad Wafi masih belum ada adik-adik, saya selalu bawa dia ke dapur bersama kalau memasak. Bimbang tinggal dia seorang di depan kerana tak ada siapa tengokkan. "Sementara saya memasak, saya beri dia barang-barang plastik untuk biar dia leka bermain. Makin menginjak usia, dia gemar menolong saya menyediakan bahan masakan. Tapi saya tak bagi barangan yang berbahaya. Menurut Zamila, ketiga-tiga anak lelakinya menunjukkan minat melakukan kerja-kerja di dapur, namun hanya Muhammad Wafi lebih cenderung memasak. "Lama-kelamaan saya perhati dia dah cekap seperti kendalikan pisau dan memotong bahan-bahan. Namun semuanya itu dilakukan bersama-sama saya. Tak pernah seorang. Bermakna saya sentiasa pantau dia," cerita wanita berusia 39 tahun ini. Menurut ibu kepada tiga cahaya mata lelaki ini, Muhammad Wafi mula memasak ketika berusia tujuh tahun, namun hanyalah masakan yang paling ringkas. "Ketika itu dia cuma goreng-goreng makanan sejuk beku seperti kuih dan roti canai. Bukan yang melibatkan menumis dan sebagainya. Saya akan pantau dia masak dan kendalikan dapur," ceritanya. Mana la tahu kalau kita sakit demam, mereka boleh berdikari. Tak adalah emak 'pengsan' buat semua kerja rumah. ZAMILA ZAINUN IBU Bercerita lebih lanjut, Zamila berkata anaknya mula berjinak-jinak memasak beberapa menu ringkas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memandangkan lebih banyak masa dihabiskan di rumah. "Kebetulan pula saya bekerja dari rumah, hanya sesekali saja pergi ke pejabat, maka saya ada lebih banyak masa untuk mengajarnya. "Makin lama dia makin minat, dan sewaktu PKPB baru-baru ini, dia meminta untuk disediakan sebuah dapur berasingan untuk dia memasak sebab katanya tak nak kacau saya. Muhammad Wafi (tengah) yang sudah terbiasa di dapur sejak kecil kini sudah mampu mengenali sayur-sayuran dan bahan masakan. "Saya fikir apa salahnya sokong minat anak, maka saya dan suami sediakan satu dapur 'single' untuknya. Tapi dia hanya boleh memasak guna dapur sendiri ketika ibu bapa berada di rumah sahaja. "Bukan itu saja, dia juga kenal kunyit, halia, serai dan sayur-sayuran lain. Sehingga kini, ada beberapa menu dah dia pandai masak seperti sayur lemak pucuk paku, sambal, ayam masak merak, dan roti telur," ceritanya. Tidak menyangka postingnya mendapat perhatian, Zamila berkata dia sekadar memuat naik untuk berkongsi aktiviti anak-anaknya. Bagi Zamila, anak-anak lelaki juga perlu didedahkan dengan dapur supaya boleh berdikari kelak. "Bagi saya, anak lelaki atau perempuan, kena tahu masuk dapur juga. Ini untuk kebaikan dan masa depannya juga. Mana la tahu kalau kita sakit demam, mereka boleh berdikari. Tak adalah emak 'pengsan' buat semua kerja rumah. "Walaupun minat memasak namun Muhammad Wafi berkeinginan menjadi seorang tentera. Saya jenis terbuka... apa saja minat anak-anak, kami sebagai ibu bapa akan sokong," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!