suria

Dapat satu tempahan lukisan stensil Tokti, tapi gadis ini sanggup hasilkan dua karya demi penyanyi kesayangan- “Saya berbesar hati nak hadiahkan... beliau legenda”

Mir berbesar hati sekiranya Tokti sudi menerima lukisan stensil yang dihasilkannya.

BERMULA secara suka-suka, siapa sangka lukisan seni stensil yang dihasilkan gadis ini mampu membawa pulangan lumayan buat dirinya.

Menurut Mir Amelyn Saffiya Hazil Azran, 19, dia pada mulanya sekadar berkongsi lukisan-lukisan tersebut untuk tatapan rakan di media sosial.

Namun, ada yang meluahkan hasrat memiliki hasil karyanya sekali gus menjadi sumber pendapatan baharu buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN:'Wow! Nak tengok lukisan atau pelukisnya dulu? - “Cantik itu subjektif”

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 5 kali interview arkitek tak dapat, pelajar master tak persia bakat seni... Yuna, Neelofa pun perasan! - “Rasa macam menang anugerah”

"Pada awalnya saya sekadar share di Instagram. Masa tu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru bermula.

"Saya jumpa kanvas kosong dalam rumah, jadi saya buat lukisan stensil. Ambil plastik atau kertas, kita potong mengikut bentuk apa yang dilukis, tekap atas kanvas dan saya warnakan dengan cat akrilik.

"Lepas tu ramai tanya untuk beli, bermula di situ saya mula berniaga. Dari awal PKP sampai sekarang saya dah jual lebih 30 lukisan.

Antara lukisan yang pernah dihasilkannya.

"Ada yang berharga RM100, ada juga yang bersaiz besar berharga RM500," ujarnya kepada mStar.

Menurut Mir yang berasal dari Shah Alam, Selangor, dia juga terharu apabila lukisan stensil yang memaparkan wajah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dihasilkannya berjaya menarik perhatian ramai.

Kata Mir, dia berbesar hati sekiranya penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu sudi menerima lukisan yang dihasilkannya.

Saya juga nak terus hasilkan lukisan agar seni ini terus dikenali dengan lebih meluas di Malaysia.

MIR

"Lukisan Tokti tu sebenarnyta request dari orang. Ada pelanggan saya beli lukisan itu untuk dihadiahkan kepada cikgunya.

"Saya hasilkan dua keping. Kalau Tokti baca, saya berbesar hati nak hadiahkan... beliau legenda.

"Saya minat Tokti dari kecil lagi, memang membesar dengan lagu-lagu beliau. Rasa tak lengkap hari raya tanpa lagu beliau," ujarnya lagi.

Menurut Mir yang juga penuntut bidang Rekabentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, dia juga bersyukur hasil jualan lukisan membolehkan dia menjana pendapatan sendiri dan membantu keluarganya.

Kata Mir lagi, dia sama sekali tidak menyangka hasil-hasil lukisan itu akan memberi pulangan buat dirinya dan bercadang untuk meneruskan perniagaan itu.

Mir berbesar hati sekiranya Tokti mahu menerima lukisan tersebut.

Dalam pada itu, Mir turut meluahkan rasa syukur apabila lukisan yang dihasilkannya menerima maklum balas positif netizen.

"Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Ada yang cakap sudah nampak potensi saya sewaktu awal-awal dulu.

"Saya sangat hargai sokongan semua. Saya juga nak terus hasilkan lukisan agar seni ini terus dikenali dengan lebih meluas di Malaysia," katanya lagi.

Selain Tokti, Mir juga ada menghasilkan lukisan stensil wajah penyanyi Harry Styles, Kai (Exo), Lisa (Blackpink), RM (BTS), Billie Eilish dan banyak lagi.

Malah, Mir juga pernah menghasilkan lukisan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai apresiasi atas jasanya kepada negara ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain