KEHADIRAN seorang jejaka yang aktif menghasilkan video sambil bertutur dalam bahasa Inggeris ternyata mengundang perhatian netizen di aplikasi TikTok. Malah, ramai yang menyangka dia memiliki darah kacukan memandangkan loghat pertuturannya yang kedengaran seperti penutur dari negara luar. Menurut Alif Farhan Zulkifilee, 20, dia merupakan anak jati Malaysia dan menafikan segala tanggapan oleh netizen di aplikasi video popular itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun pelik, dia belajar sendiri sampai orang kampung panggil dia Aishah London” - Bapa murid petah B.Inggeris ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Baru 9 tahun tapi petahnya dahsyat... video ‘acting challenge’ serlah bakat cucu pengarah filem Azura - "Boleh sesiapa bagi dia kerja di stesen TV?" "Bila saya buat video di TikTok, ada yang cakap saya ada mix. Tapi tak ada pun sebenarnya. Mak saya dari Kuala Lumpur dan bapa saya dari Kelantan. "Orang pelik kenapa saya ada accent? Ada yang tanya sekiranya saya berasal dari Amerika. Kata Alif, dia tidak mempunyai sebarang darah kacukan sebagaimana tanggapan sebilangan netizen. "Accent ni dari sekolah rendah lagi. Saya belajar bahasa Inggeris dari kecil lagi dan turut belajar di sekolah antarabangsa," ujarnya kepada mStar. Selain banyak menonton filem berbahasa Inggeris, Alif juga pernah mengikuti pengajian di Universiti Anglia Ruskin di Cambridge, England dan Universiti La Trobe di Melbourne, Australia pada tahun 2018 dan 2019. Ada juga yang terkejut bila dengar saya cakap Kelantan. Mungkin lepas ni saya boleh buat video cakap Kelantan pula. ALIF Menurut Alif lagi, dia juga tidak terlepas menerima persepsi negatif apabila sering bertutur dalam bahasa Inggeris. Namun katanya, dia hanya melihat perkara itu dari sudut positif dan enggan terlalu memikirkannya. "Pernah ada pengalaman. Bila saya berbahasa Inggeris, orang cakap saya Melayu tapi macam bukan Melayu. Ujar Alif, dia juga boleh bertutur dalam dialek Kelantan. "Pada saya, mungkin mereka cemburu sebab tak boleh buat apa yang kita buat. Ada yang positif, ada yang negatif. "Tapi, ada juga kawan yang terkejut bila dengar saya cakap Kelantan. Mungkin lepas ni saya boleh buat video cakap Kelantan pula," ujarnya lagi. Selain pengalaman sendiri, Alif berkata ada rakannya yang turut dipandang serong kerana berusaha untuk mempelajari bahasa Inggeris. Alif pernah menuntut di England dan Australia pada tahun 2018 dan 2019. Ujarnya lagi, orang ramai sepatutnya memberikan sokongan dan tidak menghakimi sesiapa yang bertutur dalam bahasa asing. Menerusi TikTok, Alif aktif menghasilkan pelbagai video mengikut trend terkini termasuklah dengan meniru suara penyanyi terkenal Billie Eilish sehingga dia menjadi perhatian ramai. Menurut Alif, dia juga merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang perniagaan tidak lama lagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!