DUA tahun menghilangkan diri, kini dia muncul kembali. Begitulah kisah Nur Wilda Farhani Muhd Zaidi, 23, yang mengejutkan ramai orang dengan transformasi dirinya. Mesra disapa Hani, dia dahulunya cukup gemar berfesyen dan sering lalai dengan hal duniawi. ARTIKEL BERKAITAN: Pilih TikTok platform berdakwah... gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir menangis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah ARTIKEL BERKAITAN: Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal Namun, kemunculan terbaharu sejak sebulan yang lalu dengan imej berpurdah dianggap sebagai satu titik hijrah untuk menjadi insan yang lebih baik. "Dulu saya tidak bertudung. Saya mula berubah selepas kegagalan rumah tangga. Dua tahun lepas, saya berkahwin dengan seorang lelaki bukan Islam. "Dia dah peluk Islam dan berkahwin dengan saya. Siapa sangka, suami tinggalkan saya dua hari selepas kahwin. Sampai hari ni saya tak jumpa dia. Antara video yang dikongsi oleh Hani. "Bermula detik itu, saya niat nak berubah. Saya mula bertudung. Saya juga tinggalkan Kuala Lumpur dan kembali ke rumah ibu di Kedah," imbasnya kepada mStar. Menurut Hani, sepanjang tempoh itu dia banyak mendekatkan diri kepada Allah dan mendiamkan diri daripada semua rakan di ibu negara. Dalam tempoh itu juga, dia banyak mempelajari ilmu agama sehinggalah mula berpurdah sekitar sebulan lalu. Dulu saya tak berfikir panjang. Tapi saya percaya Allah uji kita untuk beri sesautu yang lebih bernilai. HANI Baru-baru ini, dia kembali aktif di media sosial berdakwah di Instagram dan TikTok dengan berkongsi kisah hijrah dan perjalanan hidupnya. "Sukar nak ubah rutin lama. Dulu suka pergi pusat hiburan, buat aktiviti tak berfaedah. Saya juga sangat suka berfesyen. Dari gaya K-Pop hingga gaya gothic, semua saya cuba. "Sekarang rasa tak cukup dalam menutup aurat. Tapi bagi saya, berpurdah pun bukan satu halangan untuk berfesyen. Kita boleh gayakan fesyen muslimah dan tetap menutup aurat. "Alhamdulillah saya dah jumpa kekuatan untuk muncul kembali. Kawan-kawan pun terkejut. Tapi mereka masih boleh terima saya," ujarnya. Menurut Hani lagi, bukan mudah untuk dia mencari kekuatan diri demi melenyapkan rasa sedih atas apa yang berlaku terhadap perkahwinannya. Menurut Wani, waktu malamya suatu masa lalu banyak dihabiskan dengan aktiviti tidak berfaedah, namun kini semuanya sudah berubah. "Masa tu saya rasa hanya Allah tempat bergantung. Sampai sekarang proses penceraian belum selesai, saya jadi isteri tergantung. "Dah cuba ikhtiar, dia (suami) sendiri tak mahu. Dia balik atau tak balik saya tetap nak berubah. "Sepanjang menghilangkan diri dua tahun lepas, saya banyak tahajud dan setiap hari luah perasaan pada Allah. "Dulu saya tak berfikir panjang. Tapi saya percaya Allah uji kita untuk beri sesautu yang lebih bernilai," ujar Hani lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)