suria

Rezeki wajah mirip Tok Ti, gadis guna duit untung jual tudung sambung ijazah - “Mak pun cakap ada iras sikit”

Amalin menerima komen yang menyatakan wajahnya mirip penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

KEMUNCULAN seorang gadis di media sosial mencuri perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan mirip penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut gadis berkenaan, Noramalin Amanina Mohd Azmi, 19, dari Pasir Mas, Kelantan, ini bukanlah kali pertama dia berdepan situasi seperti ini.

Selain komen di Instagram serta TikTok, dia juga pernah ditegur mengenai perkara itu sejak zaman sekolah lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpikat dengan lagu Nirmala, kemudian penyanyinya... bangsa tak halang bakal guru kongsi video nyanyi lagu Tok Ti - “Mula-mula takut orang kecam”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza dapat SPM 8A tapi dicap biadab... Yang ramai tak tahu dia tinggal di tengah pulau!

"Sejak tingkatan lima rasanya. Mak pun cakap ada iras sikit-sikit, lepas tu baru saya perasan.

"Kawan-kawan pun ada juga yang cakap. Tapi bila saya tengok balik muka sendiri, mungkin sama pada bahagian mata kot," ujarnya yang mesra disapa Amalin kepada mStar.

Menurut penuntut bidang pengajian Bahasa Arab di sebuah universiti di Kedah itu, dia sama sekali tidak menjangka akan menerima komen sedemikian.

Amalin berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Namun katanya, ia sedikit sebanyak membantu usahanya yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan tudung sejak Jun lalu.

"Mak syorkan jadi cikgu bahasa Arab. Tapi saya juga minat nak jadi usahawan. Saya baru sahaja berniaga selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Sebab saya rasa dah dewasa, kalau boleh tak nak guna duit mak bila keluar. Boleh guna duit sendiri untuk perbelanjaan peribadi.

Hasil berniaga bolehlah tampung persiapan sambung ijazah. Saya baru sahaja mendaftar pada Sabtu.

AMALIN

"Sambutan agak baik. Alhamdulillah sekarang ada 26 orang dropship di bawah saya. Anggaran terjual dalam 50 helai seminggu," ujarnya lagi.

Menurut Amalin lagi, dia juga menganggap komen-komen usikan yang mengaitkannya dengan penyanyi lagu Cindai itu sebagai satu jalan pembuka rezeki untuknya.

Menurut Amalin lagi, dia juga bersyukur apabila wang simpanan hasil berniaga boleh digunakan untuk menampung yuran pengajiannya.

Amalin mengakui perhatian yang diterima susulan wajahnya yang dikatakan mirip TokTi turut membantu urusan perniagaan tudungnya.

"Saya rasa komen-komen tu pun banyak membantu. Terima kasih kerana sokong saya walaupun tak kenal.

"Hasil berniaga bolehlah tampung persiapan sambung ijazah. Saya baru sahaja mendaftar pada Sabtu. Sebelum ini saya belajar di peringkat asasi.

"Mak bagi duit sikit, campur dengan duit saya untuk bayar yuran sebab saya tak ambil pinjaman," ujarnya lagi.

Kata Amalin, dia juga mengambil semangat ibunya yang sudah 14 tahun berniaga kain batik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain