PELBAGAI ragam dan kerenah pelajar yang tinggal di sekolah berasrama dapat dilihat. Sama ada suka mahupun duka, ia menjadi kenangan dan pengajaran buat mereka yang merasainya. Seorang doktor berkongsi pengalaman pahitnya ketika menjalani kehidupan di asrama yang dikenang sehingga ke hari ini. Mengimbas kembali memori lebih 15 tahun lalu, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkata, beliau beberapa kali hilang duit di asrama. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki menangis baca mesej dihantar sahabat 'mulut laser' malam pertama selepas nikah - "Paling terkesan point kedua..." ARTIKEL BERKAITAN: "Common sense tertukar dengan binatang mungkin"- Pelajar 'U' geram, kerepek habis, mana duitnya? "Soroklah di mana sekali pun... dalam loker, tin biskut, sarung bantal, belahan tilam, rangka katil sekali pun, pasti hilang juga. Bijak kamu, bijak lagi si pencuri. "Manakan tidak, si pencuri itu pun penghuni asrama tu juga. Dia tahu semua ceruk-meruk asrama kau, dia tahu jadual harian kau, dia tahu tabiat kau. Silap-silap dia sahabat karib kau sendiri," tulisnya di laman Facebook milik beliau. Mesej yang diterima daripada seorang rakan lama. Walau bagaimanapun, Dr Kamarul melihat kejadian itu sebagai lumrah kehidupan di asrama. "Itu asam garam kehidupan di asrama. Bukan sahaja duit dicuri, barang-barang pun turut jadi mangsa. "Seluar dalam di ampaian pun ada orang curi, kau tahu?" katanya. Tanpa dijangka selepas lebih 15 tahun, doktor itu mendedahkan beliau menerima mesej daripada seorang sahabat lama menerusi aplikasi WhatsApp. "Assalamualaikum doc, aku teringat aku pernah curi duit kau la RM50 kat hostel dulu. Jadi aku minta maaf seikhlas hati. Nak nombor akaun (bank) kau, meh aku bayar balik. "RM50 je tapi hutang tetap hutang. Ni masa zaman mak aku haramkan duit pokok untuk beli rokok haha," menurut mesej yang diterima beliau daripada bekas rakan sekolahnya. Rakan lama itu merupakan seorang perokok. -gambar hiasan / foto AZHAR MAHFOF/The Star Dr Kamarul berkata, hubungannya dengan rakan berkenaan tidak begitu rapat, malah tidak pasti apakah reaksi yang perlu ditunjukkannya terhadap mesej tersebut. "Nak kata kami karib tu tak la, tapi dia ni sahabat aku yang agak signifikan dalam hidup aku. Jadi, bila aku terima mesej ini daripada dia, aku hanya tersenyum. Tak tahu nak terharu ke nak gelak. Jika ada ambil hak orang, kena pulang. Jika ada hutang, kena bayar. Hutang ni pun adalah sesuatu yang tidak boleh diambil ringan DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN "Mak dia haramkan dia beli rokok guna duit poketnya, jadi dia curi duit aku nak beli rokok. Ini namanya; dilarang peluk babi, dipeluknya anjing. Kahkahkah," ujarnya secara berseloroh. Namun kata beliau, walau apa pun, adalah penting untuk sesiapa pun melangsaikan hutang sekiranya ada, apatah lagi mengambil hak orang lain. Perkongsian Dr Kamarul di Facebook. "Jika ada ambil hak orang, kena pulang. Jika ada hutang, kena bayar. Hutang ni pun adalah sesuatu yang tidak boleh diambil ringan. "Diriwayatkan Muslim, dari Abdullah bin Amr bin Ash sesungguhnya Rasulullah bersabda; Orang yang mati syahid diampuni semua dosa kecuali hutang. "Kau lihat betapa beratnya isu tak bayar hutang. Jadi, kalau kau ada ambil orang orang pulangkan. Jika ada hutang, langsaikan. Jangan main-main," tambahnya. Tanpa menjelaskan sama ada mesej tersebut dibalas atau tidak, Dr Kamarul mempunyai jawapan yang begitu mendalam buat rakan lamanya itu. "Sahabat, aku halalkan RM50 tersebut. Cuma di hari pengadilan kelak, jika kau ditempatkan ke syurga, mohonlah keizinan pada Tuhan untuk bawa aku sekali ke sana," ujar beliau. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!