suria

Soalan mengenai parut tak pernah berakhir, gadis tabah dirinya sering dianggap mangsa simbah asid - “Mula-mula sedar, saya minta telefon nak selfie”

Wajah Sue sebelum dan selepas dia mengalami kemalangan pada tahun 2012.

PARUT yang melekat di wajah wanita ini sejak lapan tahun lalu sentiasa menimbulkan persoalan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

Selain orang sekeliling, Nursuhada Muhamed Yatim, 28, turut menerima pertanyaan sama di media sosial.

Malah, ada yang keliru dan menyangka dia merupakan mangsa simbah asid.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sedih tengok rider ini kemalangan, tapi sahabat dedah mesej dihantar kepadanya sebelum mula kerja 10 kali lebih menyayat hati

ARTIKEL BERKAITAN: Berimajinasi kemalangan sebab nak tahu siapa paling risau... posting gadis ini buat ramai doakan ia benar-benar berlaku - “Normal ke apa yang saya rasa?”

Sewaktu dihubungi mStar, pekerja kilang yang mesra disapa Sue itu mengimbas semula kejadian kemalangan yang berlaku pada tahun 2012 sehingga parut itu kekal pada wajahnya.

"Masa tu saya umur 20 tahun. Dalam perjalanan balik kerja pada waktu malam, berlaku kemalangan sebab ada orang melintas. Kami sama-sama tak perasan.

"Mungkin benda nak jadi. Orang tu patah kaki, saya pula tak sedarkan diri. Ekzos motor patah, terkena muka saya.

Sue reda dengan apa yang berlaku dan tidak pernah menyalahkan takdir.

"Jadi kulit paha terpaksa ditampal pada pipi, bahagian atas dan bawah bibir mulut memang tak boleh buat apa dah.

"Mana yang ditampal tu sebab permukaan kulit dah terlalu masak," ujarnya yang menetap di Bagan Serai, Perak.

Menurut Sue, pasti ramai yang sukar percaya dengan ketabahannya menghadapi situasi itu, tambah-tambah lagi sewaktu dia kali pertama menatap wajah selepas berlakunya kemalangan berkenaan.

Ada yang kata macam-macam tapi saya tak ambil hati. Sebenarnya hidup kita ni hanyalah satu pinjaman.

SUE

Malah katanya, dia menganggap apa yang berlaku sebagai ketentuan takdir dan dia sama sekali tidak berasa kerdil mahupun berkecil hati.

"Penerimaan saya? Orang pasti tak percaya. Bila dah sedarkan diri, mula-mula sekali saya minta telefon dengan mak untuk selfie.

"Saya nak tengok wajah. Memang terkejut mula-mula, tapi saya tak ada rasa sedih. Cuma trauma dua bulan tak sentuh motor.

"Saya reda. Allah dah bagi ujian ni pada saya. Takkanlah saya nak marah akan ketentuan yang berlaku?" kata Sue lagi.

Tambah Sue, selain pertanyaan orang sekeliling mengenai parut pada wajahnya, dia turut menerima pelbagai respons di media sosial.

Wajah Sue cedera selepas terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari tempat kerja, lapan tahun lalu.

Tambahnya, dia berterima kasih atas sokongan ramai dan bersyukur atas segala kiriman doa untuknya.

"Masa mula-mula kena dulu saya masih kerja sebagai pembantu kedai. Saya pergi kerja macam biasa. Orang tanya, saya jawab.

"Ada yang kata macam-macam tapi saya tak ambil hati. Sebenarnya hidup kita ni hanyalah satu pinjaman.

"Satu perjalanan sebelum ke akhirat. Apa sahaja ujian, kita kena hadapi dengan reda. Jangan cepat mengeluh.

"Orang mengata belakang saya tak kisah, jangan risau saya terasa kalau bertanya. Saya OK. Kepada yang doakan saya, moga doa baik-baik itu berbalik semula kepada anda," ujarnya yang masih bujang lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain