KEWUJUDAN wabak Covid-19 memaksa banyak acara ditangguhkan sepanjang tahun ini. Antara yang terkesan tentunya pasangan-pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan. Situasi ini sekali gus turut memberi kesan kepada jurufoto apabila banyak tempahan khidmat fotografi terpaksa ditunda ke lain waktu. ARTIKEL BERKAITAN: “Masa tu tak fikir dah pasal mekap” - Pesanan bapanya ringkas je, tapi pengantin ini dah berjurai air mata sebelum naik pelamin ARTIKEL BERKAITAN: Pengakuan pengantin 'hujan air mata': “Saya tak boleh tahan lagi...” Tatkala menghampiri penghujung tahun, mereka kini berhadapan cabaran cuaca pula khususnya dalam menjalankan sesi penggambaran outdoor. Menurut Mohamad Hafiz Shahruddin, dia sendiri mengalami masalah sama sewaktu merakam foto pasangan pengantin di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. Bercakap kepada mStar, jurufoto yang mesra disapa Hafiz itu mengakui terpaksa bekerja dalam masa yang terhad disebabkan cuaca yang agak tidak menentu. Hafiz berkata faktor cuaca turut memberi cabaran buat jurufoto sepertinya. "Sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Alhamdulillah tiada client saya yang batal tempahan. Cuma mereka tunda tarikh. "Sekarang musim hujan pula. Kesian pengantin nak shoot outdoor. Macam yang berlaku pada saya sewaktu kami shoot di sebuah bendang minggu lepas. "Terpaksa rushing. Shoot di bendang tu dalam keadaan tergesa-gesa sebab langit dah gelap. Hujan tunggu masa nak turun. Cuaca hujan memang mencabar, sebab kamera tak boleh terdedah pada air. HAFIZ "Kami shoot dalam sejam je. Elok kami dalam perjalanan nak balik, terus hujan lebat," ujarnya. Walau terpaksa bekerja dalam masa yang terhad, Hafiz tidak mempersiakan pemandangan sawah padi yang cukup mendamaikan di kawasan itu. Hafiz yang menetap di Selangor berkata, dia berada di Kedah selama dua hari bagi merealisasikan potret perkahwinan pelanggannya yang dikenali sebagai Nazri dan Ernie. "Ia idea asal pengantin. Saya pun sebenarnya suka shoot kawasan yang hijau. Jadi saya cuba realisasikan hasrat mereka. Pasangan pengantin Nazri dan Ernie sedang menaiki vespa di kawasan bendang. "Pengantin lelaki juga ada pinjam vespa sahabatnya. Itu kali pertama saya shoot di bendang. Dalam pukul 4 petang. "Cuaca hujan memang mencabar, sebab kamera tak boleh terdedah pada air. Berpeluh juga masa di bendang. Selain outdoor, saya juga shoot untuk majlis pernikahan mereka," ujarnya lagi. Menerusi beberapa foto yang dikongsi di Facebook milik Hafiz, pengantin kelihatan cukup menawan dan segak dalam persalinan serba merah, ditambah pula dengan warna hijau bendang berkenaan. Malah, salah satu foto memaparkan tayar hadapan vespa seakan-akan terangkat turut mencuri perhatian pelayar Facebook. Antara gambar yang dikongsi di Facebook Hafiz. Untuk rekod, Hafiz juga pernah tular dan mendapat liputan mStar pada 30 Disember 2019 apabila dia berkongsi foto penuh emosi memaparkan tangisan antara seorang pengantin perempuan dengan bapanya di Kuala Nerang, Kedah. Namun pada waktu itu, foto berkenaan bukan dirakam oleh Hafiz, sebaliknya hasil kerja salah seorang kru yang bekerja dengannya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!