AKTIVITI berbasikal yang dilakukan secara berbahaya kini menjadi topik hangat dengan terbaharu, seorang pengayuh maut dilaporkan di Putrajaya. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan arahan dan menegaskan tindakan tegas boleh diambil sekiranya terdapat pengayuh melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya tetapi masih ada yang tidak mengendahkannya. Rata-rata berpendapat bahawa tindakan mereka berbasikal secara tidak selamat sahaja membahayakan diri sendiri malah mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya lain. ARTIKEL BERKAITAN: Ingkar larangan berbasikal di lebuh raya, penunggang berdepan denda sehingga RM1,000 ARTIKEL BERKAITAN: "Nak dapat average speed laju supaya boleh show off ke?" - Aktiviti berbasikal jadi trend dan kebanggaan, jurulatih kecergasan bidas rider langgar peraturan Seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Ezzat berkata tidak salah untuk mengikut trend dan menjadikan berbasikal sebagai hobi baharu tetapi aktiviti kayuhan perlulah dilakukan dengan selamat. Tweet Ezzat tular apabila dia berkongsi gambar tiga individu sedang berbasikal di tengah jalan atas Jambatan Putrajaya pada Ahad, sehari selepas seorang pengayuh basikal wanita dilaporkan maut di lokasi sama. ”Saya faham masing-masing ada hobi. Tak ada salah pun cuma mereka kena hati-hati. Cuba ambil pengajaran dengan apa yang dah berlaku. Tweet berkenaan isu itu di Twitter. ”Saya sengaja lalu di kawasan Putrajaya itu keesokan hari selepas kejadian seorang pengayuh wanita maut. Jujur saya terkejut bila tengok mereka masih berbasikal dengan cara bahaya. ”Dah banyak kali sebenarnya saya nampak, ada juga yang selamba melanggar lampu isyarat, ” katanya ketika dihubungi mStar. Ezzat, 37, berkata dia tidak berniat untuk menyuruh orang ramai mengecam individu-individu berkenaan apabila merakam gambar dan membuat perkongsian di media sosial sebaliknya mahu menimbulkan kesedaran dalam masyarakat. Ezzat mengakui turut berasa kurang senang dengan individu-individu tak bertanggungjawab ini kerana tindakan mereka sedikit sebanyak akan memburukkan nama baik penduduk di sesuatu kawasan yang menjadi lokasi kayuhan kumpulan berbasikal ini. Saya bukan tak nak tegur mereka ketika itu, takut mereka tak dapat terima dan lain pula jadinya nanti. EZZAT Katanya, di Putrajaya banyak laluan berbasikal disediakan tetapi hairan mengapa kumpulan ini masih mengambil risiko mengayuh di atas jalan raya. ”Ramai salahkan orang Putrajaya, padahal yang berbasikal di situ rata-ratanya orang luar, bukan penduduk setempat saja. ”Contohnya orang Klang datang berbasikal di Putrajaya, tapi bila timbul kes orang Putrajaya dipersalahkan. ”Geng-geng basikal ni tak faham, orang ramai bukan marahkan hobi mereka tapi marah sebab mereka tak guna laluan yang betul dan tak ikut peraturan, ” ujarnya. Ezzat berharap perkongsiannya itu dapat membuka mata banyak pihak dan memberi manfaat kepada semua. Ezzat yang tidak menyangka tweetnya akan tular bagaiamanapun berharap perkongsiannya itu dapat dijadikan pengajaran dan memberi manfaat kepada semua orang. ”Memang bukan niat saya nak viral-viral ni. Saya cuma nak suarakan pendapat saja. “Tak sangka selepas saya kongsi itu, ramai pula yang setuju dan pernah berdepan dengan situasi sama cuma mereka tak buat apa-apa. Antara komen netizen yang pernah berdepan dengan penunggang berbasikal yang berbahaya. ”Saya bukan tak nak tegur mereka masa tu, takut mereka tak dapat terima dan lain pula jadinya nanti. Cukuplah saya luah dekat Twitter saja," ujarnya. Dalam kejadian jam 9.40 pagi Sabtu itu, seorang pengayuh basikal wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Jambatan Putrajaya. Mangsa yang berusia 34 tahun dari Subang Jaya, Selangor meninggal dunia di lokasi kemalangan. Pemuda ini juga berharap perkongsian dan luahan hati netizen ini dapat membuka mata pihak berkaitan agar dapat menetapkan garis panduan khas bagi mereka yang menjadi aktiviti berbasikal sebagai hobi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!