BERILAH apa sahaja tugasan dekorasi kepada guru lelaki ini, pasti dia berjaya melaksanakannya dengan hasil yang 'meletop'. Jika sebelum ini Nordin Ismail mengubah suai dan melakukan dekorasi terhadap perpustakaan di sekolahnya, kali ini giliran bilik guru pula yang menjadi 'mangsa'. Menerusi satu posting di Facebook, Nordin berkongsi gambar-gambar transformasi bilik guru di sekolahnya yang berubah sepenuhnya, hasil sentuhan magisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Hidup tak keruan, cikgu ‘kerjakan’ library sekolah... mahu murid feeling bandar - “Make over paling gila pernah aku buat” ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pusaka lama ditinggalkan kini berubah wajah, semua ini jadi realiti kerana hasrat ibu mentua Apa yang paling menakjubkan, keseluruhan kos yang digunakan untuk projek tersebut hanyalah RM1,200. "Feeling-feeling nak ada office macam office CEO syarikat besar dalam drama TV yang selalu aku layan. Tapi memandangkan bajet kurang dan masa pun terhad, dapat make over bilik guru yang ala-ala office CEO pun jadi la kan. Pemilihan warna gelap untuk memberi mood ala-ala konsep pejabat CEO. "Walaupun sedikit sedih sebab sesi persekolahan untuk sesi 2021 tidak dapat dilaksanakan seperti yang aku harapkan disebabkan pendemik Covid-19 yang semakin menggila, tetap tak mematahkan semangat aku tuk make over bilik guru. "Amukan dalam tempoh 10 hari dengan berbekal bajet RM1,200 hasil sumbangan cikgu-cikgu, bilik Guru SK Pak Ba, sebuah sekolah kurang murid (SKM) yang terletak di luar bandar Setiu, Terengganu berjaya di 'make overkan' dari keadaan macam tongkang pecah kepada bilik guru yang berkonsep hipster, kontemporari dan modern look," tulisnya. Untuk dekorasi bilik guru ini, Nordin bereksperimen dengan menggunakan rona gelap iaitu warna coklat bagi merealisasikan konsep bertemakan bilik CEO. Dekorasi pada bahagain pantri berkonsepkan hipster. "Susunan perabot dan penyelarasan ruang juga penting memandangkan bilik guru kami agak kecil tapi nak diadakan macam-macam ruang seperti ngeteh corner, ruang pantri dan ruang ICT," tulisnya. Sungguhpun dalam situasi masa dan bajet yang terhad, Nordin berjaya mentransformasikan bilik guru sekolahnya selepas berbelas tahun tidak berubah wajah. Sudut yang dinamakan ngeteh corner untu para guru dan tetamu berdiskusi dalam suasana santai. Menurut guru ini, projek dekorasi tersebut dilakukan dengan kerjasama dan bantuan guru-guru serta 'orang kanan kesayangannya' termasuk kerani, pengawal keselamatan dan tukang kebun. "Semoga dapat memberikan sedikit idea dan inspirasi buat rakan-rakan di luar sana jika terdetik nak deco bilik guru sekolah masing-masing. Lain padang lain belalang, lain orang lain cita'rasa," tulisnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!