KALAU pandai bergaya, pakaian yang murah pun boleh kelihatan mahal. Itulah juga yang menjadi pegangan gadis ini biarpun gaya pemakaiannya sering dikecam ramai. Menurut calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mahu dikenali sebagai Baby Feroro, 18, dia sudah terbiasa dihina sehingga digelar gadis rempit sejak beberapa tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Lelaki ini kacak bergaya dengan baju RM1, termasuk ke KLFW, “Pengalaman banyak mengajar saya” ARTIKEL BERKAITAN: Bergaya guna barang jenama mahal tapi 'preloved'... Memalukan atau pilihan bijak? "Sejak tingkatan 1 saya suka bergaya, posing depan cermin. Saya memang dikenali sebegitu. Pada masa sama, kawan-kawan gelakkan saya. "Sebab itu saya buat video transfromasi fesyen di TikTok. Tapi tetap ada orang kecam. Mereka kata saya acah berfesyen, tapi saya dah maafkan semua. "Mereka kata pakaian saya masih kelihatan seperti gadis rempit. Tapi dalam masa sama, ramai juga yang bagi komen positif," ujarnya kepada mStar. Gaya fesyen Feroro sebelum ini kerap dijadikan bahan jenaka orang sekeliling. Mesra disapa Feroro, dia yang menetap di Bukit Jalil, Kuala Lumpur mengakui sedikit berkecil hati dengan komen-komen hinaan yang ditinggalkan di media sosial. Namun katanya, dia menganggap perkara itu sebagai satu lumrah dan cuba mengambilnya dari sudut positif. "Orang yang cakap saya rempit tu, mungkin mentaliti mereka masih belum upgrade. Tapi saya bersyukur ramai netizen bagi komen baik, mereka minta saya teruskan jadi diri sendiri. "Mula-mula dulu saya anggap ia sesuatu yang teruk. Kenapa orang nak gelakkan sebab saya suka berfesyen?. Kepada netizen semua, saya bukan rempit. Tak bermakna pakaian murah tak boleh dijadikan fesyen. FERORO "Memang tersinggung dulu, lama kelamaan saya anggap ia sebagai satu semangat untuk saya lebih berkembang" katanya lagi. Menurut Feroro, dia juga bukanlah berasal dari keluarga berada. Kedai laksa keluarga Feroro ditutup buat sementara waktu kerana pandemik Covid-19. Namun, disebabkan kecintaan terhadap fesyen, keluarganya turut membuka sebuah kedai bundle di kawasan kediaman mereka sejak hujung tahun lalu. "Tahun demi tahun, saya cuba perbaiki pemakaian saya. Ada yang saya gayakan hanya berharga RM1. "Banyak juga pakaian bundle saya pakai harga bawah RM10. Tapi ia tetap nampak bergaya. Kedai bundle yang diusahakan keluarganya. "Dulu mak ayah ada kedai jual laksa, tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia ditutup buat sementara waktu. Mungkin akan buka pada bulan Ramadan nanti. "Tapi sekarang kami buka bundle di kedai sama. Alhamdulillah, permintaan pun agak bagus. "Masa mula-mula nak buka tu, mak ayah terfikir, kenapa tak buka kedai bundle sendiri? Sebab kami pun suka pergi kedai bundle sebelum ini," ujarnya lagi. Tambah Feroro, tiada masalah untuk menggayakan pakaian murah sekiranya ia kena dengan caranya. Kata Feroro, dia sudah memaafkan sesiapa yang menghinanya. "Kepada netizen semua, saya bukan gadis rempit. Tak bermakna pakaian murah tak boleh dijadikan fesyen. "Kita tak boleh hina luaran orang, cuma ambil positif dan cuba ubah mentaliti," katanya lagi. Menurut Feroro, dia juga menyimpan hasrat untuk bergelar model suatu hari nanti. Sehingga kini, video transformasi fesyen gadis itu turut menerima lebih 100,000 tontonan di TikTok. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)