suria

Susah-susah belajar silap mata dari umur 15 tahun, ada yang tuduh operator kilang ini bela jin - "Kalau nak ajar orang, saya fikir banyak kali juga"

Aizat mempelajari helah silap mata menerusi YouTube sejak zaman sekolah.

BUKAN ahli silap mata, tapi sekadar suka-suka berkongsi bakat dengan orang ramai.

Demikian kata Muhammad Aizat Osman, 22, seorang operator kilang yang semakin dikenali kerana sering berkongsi video silap mata menggunakan kad menerusi Instagram, YouTube dan TikTok.

Mesra disapa Aizat, dia yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan mendedahkan mula mempelajari helah silap mata sejak berusia 15 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom saksikan Aquacadabra! Aksi silap mata pertama dalam air di Aquaria KLCC

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Silap Mata Harumkan Nama Malaysia Di Hollywood

"Biasalah dulu, waktu akhir tahun kita boleh bawa mainan ke sekolah. Masa tu saya baru belajar silap mata menerusi YouTube.

"Jadi saya tunjukkan helah kad kepada kawan-kawan di sekolah. Mereka pun suka, jadi saya rasa makin seronok.

"Bermula dari situ saya belajar dan terus belajar. Mula-mula kongsi di Instagram, kemudian YouTube dan seterusnya TikTok," ujarnya kepada mStar.

Aizat gembira dengan reaksi positif yang diterimanya di media sosial.

Dibesarkan di Kajang, Selangor, Aizat berkata dia kemudian terjebak dengan TikTok pada Oktober tahun lalu selepas patah hati akibat putus cinta.

"Saya aktif kongsi video silap mata di TikTok sebab bosan, baru lepas break up tahun lepas.

"Tak sangka view di TikTok agak tinggi berbanding Instagram dan YouTube. Alhamdulilah, saya pun terharu.

Untuk hilangkan stress. Selain kad, saya juga main Mobile Legend sejak tahun 2017.

AIZAT

"Saya sebenarnya nak tunjuk pelbagai helad kad, bukan silap mata semata-mata. Silap mata tu sekadar sampingan. Tapi semua tu saya belajar sendiri menggunakan YouTube saja," ujarnya lagi.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif.

Namun katanya, dia bersyukur apabila lebih ramai netizen di media sosial sering memberikan kata-kata positif buat dirinya.

Aizat juga tak terlepas menerima komen negatif di media sosial.

"Buat silap mata pun kena kecam. Ada yang kata helah yang saya buat tu tak menjadi, kantoi dan sebagainya.

"Ada juga yang kaitkan dengan benda mengarut, kata saya bela jin.

"Sebelum saya post video, saya dah sematkan dalam fikiran bahawa akan ada orang suka, ada juga orang yang tak suka. Jadi saya dah bersedia.

"Terima kasih yang kecam, teruskan selagi anda bahagia, sebab saya tak rugi apa-apa.

"Terima kasih juga pada yang sokong, banyak komen positif sebenarnya berbanding komen negatif," ujarnya lagi.

Menurut Aizat, ada juga rakan-rakan yang meminta dia berkongsi ilmu silap mata, namun rata-ratanya hanya belajar separuh jalan sahaja.

Antara video yang dikongsi oleh Aizat di TikTok.

"Sekarang kalau nak ajar orang, saya fikir banyak kali juga.

"Dulu dah pernah ajar, bila dah setengah jalan, mereka malas... tak ada semangat dan berhenti macam tu je," katanya lagi.

Menjadikan silap mata dan helah kad sebagai hobi masa lapang, Aizat juga mendedahkan dirinya cukup meminati permainan Mobile Legend sejak tahun 2017.

Ujar Aizat lagi, dia berazam untuk menghasilkan satu video setiap hari jika berkelapangan dan berharap usaha itu dapat memberi kegembiraan kepada mereka yang mengikuti laman sosial miliknya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain