PELBAGAI ragam pesakit dapat dilihat ketika menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor di klinik. Bukannya seorang dua yang sedang menunggu, pastinya pesakit mempunyai banyak masa terluang sementara menanti namanya dipanggil. Di sinilah tempat yang boleh menguji kesabaran, jika tidak tahan memang mengundang amarah. ARTIKEL BERKAITAN: Terkilan tak dapat sambut harijadi ayah, anak kongsi kisah bapa tunggal tip top walau ada 8 anak... dari masak ke jahit semuanya settle! - "Walid dah hilang bantal peluk tapi..." ARTIKEL BERKAITAN: Alahai ayah! 10 anak rancang kejutan birthday, selamba je bapa hias hadiah sendiri - "Tolong sikit je, tapi nak upah banyak" Waktu ini juga kelihatan melakukan aktiviti masing-masing di tempat menunggu yang disediakan. Seorang bapa membaca buku di klinik. - gambar hiasan Gelagat seorang bapa bersama seorang anaknya yang sedang menunggu giliran telah menarik perhatian seorang doktor untuk berkongsi mengenai kisah dua beranak itu. "Mata saya terpaku pada ayah dan anak ni. Mereka tengah menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor. Masing-masing sedang tekun membaca buku. "Jujur cakap, jarang nak nampak seorang ayah membaca buku ketika menunggu. Anak kecil kita ni nampak je muka macam tak tahu apa-apa. "Tapi apa yang mereka lihat walaupun cuma satu kali, ia jauh lebih berkesan daripada mendengar nasihat yang diulang 100 kali," tulis Dr Redza Zainol menerusi satu perkongsian di laman Facebook. Apa yang dia lihat, yang dia dengar, laju je diserap masuk macam span. Sampai masanya nanti dia akan amalkan semua yang dia dah serap tu DR REDZA ZAINOL Rentetan kisah dua beranak itu, beliau turut mengimbas kembali kunjungan ibu bapa ke klinik dan mengadu mengenai perihal anak-anak mereka. "Ada mak mengadu anak makan nuget setiap hari. Dia sendiri mengaku nuget tu tak bagus. Tapi bila ditanya, dialah yang beli berpaket-paket dan simpan dalam peti ais. "Ada ayah mengadu anak tak pandai membaca dan tak kenal huruf. Tapi bila ditanya, ayah tu pun tak pernah sentuh buku di rumah. Buku cerita pun tak beli langsung untuk anak," ujarnya. Ramai ibu bapa mengadu anak-anak mereka ketagihan gajet. -gambar hiasan Bukan sekadar itu, Dr Redza berkata, ratusan ibu bapa turut mengadu kepada beliau mengenai ketagihan anak mereka terhadap gajet. "Tapi kita sendiri duk ralit berkepit dengan gajet di depan anak. "Kita cakap kat anak jangan minum air gas sebab banyak gula tapi kita terang-terang simpan stok air gas dalam peti ais," tambahnya. Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar berhati-hati dalam setiap tindakan mereka kerana ia akan mempengaruhi anak-anak. "Depan anak kena berhati-hati sebab otak anak kita tu semuanya hebat belaka. "Apa yang dia lihat, yang dia dengar, laju je diserap masuk macam span. Sampai masanya nanti dia akan amalkan semua yang dia dah serap tu. We lead not by our words but by example," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!