KESAKITAN yang dialami ketika mahu melahirkan bayi memang tidak terperi. Kerana itulah ia diletakkan di tangga kedua selepas sakit menghadapi sakaratul maut. Namun begitu, sakit bersalin adalah momen paling berharga buat setiap wanita yang bergelar ibu. ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kongsi kisah ibu 2 anak merayu nak bersalin normal, serik dibedah - “Makan untuk seorang, bukan dua orang!” ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Suami jadi bidan terjun pukul 2 pagi, isteri terus beranak selepas ‘push kedua’ – “Bukan pertama kali, tapi tak sangka di rumah” Bercakap mengenai proses bersalin, sudah pastinya setiap bakal ibu menginginkan segalanya berjalan lancar. Menerusi satu perkongsian di Facebook Ainin Sofieya, wanita itu berkongsi tip buat bakal ibu agar dapat melahirkan anak tanpa memerlukan jahitan, berdasarkan pengalamannya sendiri. Apa yang menakjubkan, ketiga-tiga anak yang dilahirkan kesemuanya mempunyai berat melebihi tiga kilogram. "Ramai yang tanya saya siap DM lagi nak tau apa tips saya kesemua anak lahirkan normal tanpa jahitan. "Sebenarnya jujur saya sendiri pun lost macam ibu-ibu lain juga bila proses nak bersalin tu kita automatik jadi hilang kawalan sebab menahan sakit yang terlampau. "Saya anggap ni rezeki saya. Tapi saya share apa yang saya tahu semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang bakal berjuang nanti insyaAllah," tulisnya sambil menyenaraikan lima tip yang diamalkannya. Perkongsian di Facebook Aini Sofieya mengenai tip yang diamalkannya sewaktu bersalin. Menurutnya, apa yang paling penting adalah seseorang bakal ibu yang sedang mengalami kontraksi perlu menunggu sehingga bukaan mencapai 10 sentimeter (cm). "Betul-betul 10cm baru boleh teran. Ramai yang masa 7cm-8cm dah teran, masa ni laluan untuk baby keluar masih sempit itu yang menyebabkan jadi koyakan. "Kedua, kangan angkat punggung! Berkali-kali doktor pesan 'Ainin jangan angkat punggung!'. Masa tu kita dah macam tak sedar diri so penting untuk orang yang temankan kita iaitu husband dan jugak misi tolong remind and pegang lutut kita tak nak bagi angkat punggung. "Ketiga, sapu minyak kelapa dara di perineum dan buat massage untuk bagi lembutkan kawasan tu. Tips ni saya buat untuk Arriana dan Arrian je, yang ketiga ni tak buat sebab tak sempat. Tapi Alhamdulillah rezeki masih boleh lahirkan tanpa koyakan juga," kongsinya. Saya takde makan telur ayam ke, minum air selusuh ke atau lain-lain tips yang biasa kita dengar. Saya fokus lebih kepada cara meneran tu. AININ SOFIEYA IBU Seterusnya menurut wanita ini, bakal ibu perlu fokus semasa meneran supaya teknik meneran dapat dilakukan dengan cara yang betul. "Kelima, posisi kena betul. Pegang kedua-dua buku lali kita, dagu di dada kemudian push. Bila pegang kaki boleh elakkan kita terangkat punggung. Ambil nafas panjang-panjang bila contraction datang push sekuat hati dan push pun kena sepanjang yang mampu jangan terus tarik, nanti baby masuk ke dalam balik. Tu antara yang ibu-ibu boleh amalkan," kongsinya. Dalam pada itu, ujar wanita ini lagi, terdapat beberapa faktor lain yang turut memainkan peranan supaya proses bersalin menjadi mudah dan tidak mengalami koyakan. "First, doktor sendiri kena mahir untuk sambut baby tanpa koyakan. Macam gynae saya dia yang motivate cakap apa saya kena buat sebab dia tak nak ada koyakan dan dia memang aim nak saya beranak normal. Salah seorang bayi Ainin Sofieya yang mempunyai berat melebihi 3kg dan dilahirkan normal. "Ketiga-tiga anak saya lahirkan dengan gynae yang sama. Sampai saya rasa kalau saya bersalin dengan gynae lain belum tentu jugak saya tak berjahit. "Second, ketinggian ibu pun memainkan peranan juga. Kalau ibu yang rendah tulang pelvis akan kecik dan sempit membuatkan baby susah nak keluar. Betulkan jika saya salah. "Itu saja tips yang saya boleh share setakat apa yang saya tahu. Saya takde makan telur ayam ke, minum air selusuh ke atau lain-lain tips yang biasa kita dengar. Saya fokus lebih kepada cara meneran tu. Tapi ibu boleh cuba mana tahu berkesan jugak kan," tulisnya lagi. Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga 1,400 shares di Facebook. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!