suria

Dah la sopan, kacak pula! Ramai cair... video kanak-kanak gunting rambut raih hampir 2 juta views, emaknya tiru gaya mat salih - “Memang jadi macam dalam gambar”

Mikail mencuri tumpuan ramai netizen dengan gelagat dan gaya rambutnya. (Gambar kecil) Contoh gambar yang menjadi rujukan Nabiela.

"CONFIRM membesar nanti terus jadi rebutan wanita."

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap video seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan tampan dengan potongan rambut baharunya.

Video yang dikongsikan oleh ibu kanak-kanak tersebut di aplikasi TikTok sehingga kini meraih melebihi 1 juta tontonan selain dibanjiri ribuan komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mata saya dan suami biasa-biasa saja” - Anak comel macam mix, ibunya pun pelik... petua lentik bulu mata nenek mungkin menjadi!

ARTIKEL BERKAITAN: Cun! OOTD sedondon ibu bersama 2 puteri memang stailo, suami tak suka bergambar jadi jurufoto sahaja... ramai tanya beli baju di mana - “Tak perlu kaya, yang penting kreatif”

Mereka bukan sahaja 'terpukau' dengan penampilan kanak-kanak tersebut malah memujinya kerana menjaga tingkah laku sepanjang proses menggunting rambut.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, ibunya, Nabiela Idayu berkata dia sama sekali tidak menyangka video yang dirakam tiga hari lalu ketika rambut anaknya digunting, mengundang perhatian ramai sehingga tular.



Mikail mencairkan hati ramai netizen dengan wajahnya yang comel dan penampilan yang kemas.

"Memang selalu dua minggu sekali kami akan bawa Muhammad Kashaf Mikail yang berusia setahun 11 bulan pergi kedai gunting rambut berdekatan rumah kami saja. Rambutnya lebat dan cepat pula panjang.

"Masa dekat kedai, dia memang duduk diam... saya tak perlu nak pujuk atau tenangkan dia pun. Masuk saja, dia duduk diam atas kerusi. Tabiat anak saya, dia akan diam kalau tak kenal orang.

"Jadi masa tu memang dia behave saja sebab tak kenal tukang gunting rambut tu. Dia diam sehinggalah siap semuanya," cerita ibu muda berusia 24 tahun ini mengenai anak tunggalnya.



Mikail yang merupakan anak tunggal Nabiela kini hampir mencecah usia dua tahun.

Bercerita mengenai gaya rambut anaknya yang turut menjadi perhatian netizen, wanita yang senang disapa sebagai Nabiela ini berkata dia hanya merujuk gambar seorang anak 'mat salih' dan meminta tukang gunting rambut meniru potongannya.

"Alhamdulillah memang menjadi macam dalam gambar. Saya sebenarnya seperti ibu-ibu yang lain juga yang suka lihat anak kemas dan tak comot.

Tapi paling kelakar ada yang komen anak saya 'jodohnya yang masih kecil'.

NABIELA IDAYU

IBU

"Kalau bab rambut, suami akan sapukan pomade dekat anak. Selalu kalau nak keluar berjalan-jalan, memang akan sapu. Mikail sendiri dah biasa gunakan pomade untuk kemaskan rambutnya.

"Kalau bab pakaian, tak ada fesyen yang khusus pun... pakaian campur-campur beli dari pusat beli belah atau pasar malam asalkan sesuai dan cantik.



Contoh gambar gaya rambut anak mat salih yang menjadi rujukan Nabiela.

"Bagi saya, anak-anak pun perlu diberi perhatian juga... takkan mak ayah saja nak melawa tapi biar anak comot. Sebenarnya kalau anak bersih dan kemas, automatik jadi comel. Bukan saja penting untuk penampilan tapi juga kesihatan," katanya lagi.

Tidak menyangka sama sekali video yang dianggap 'biasa' itu menjadi tular sehingga meraih melebihi 1 juta tontotan, Nabiela dalam masa yang sama melahirkan rasa terharu dengan komen-komen positif netizen.



Nabiela dan suami suka menggayakan anak mereka namun lebih mementingkan aspek kebersihan.

"Terima kasih sangat pada yang komen... tak sempat nak balas satu-satu sebab tengok-tengok saja dah ada lebih 2,000.

"Seronok baca komen mereka... ada yang bandingkan dengan pengalaman anak sendiri, ada yang nak minta izin untuk tiru potongan rambut yang sama. Ada yang komen, 'kecil-kecil' lagi dah handsome.

"Tapi paling kelakar ada yang komen anak saya 'jodohnya yang masih kecil. Apa pun bagi saya apa yang penting ibu bapa kena pastikan kebersihan anak-anak dulu. Bab nak bergaya, setiap ibu bapa pasti punya cara tersendiri," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain