suria

Gara-gara kes buli, grup WhatsApp panas dek perang mulut ibu bapa sampaikan guru tepuk dahi baca... ini nasihatnya

Cikgu Mohd Fadli memberi panduan kepada ibu bapa bagaimana caranya menangani kes buli.

KITA biasa mendengar kejadian buli melibatkan pelajar sekolah, sama ada sekolah rendah atau menengah.

Kadang kala ada mangsa buli jarang bercerita kepada ibu bapa masing-masing, namun ada juga yang berterus terang mengenai kejadian yang berlaku kepada mereka.

Apabila terjadi perkara seperti ini, sudah pastilah ibu bapa si mangsa akan melenting kerana mahu melindungi dan menyelamatkan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa turuti kehendak anak OKU nak berhenti sekolah sebab tak tahan dibuli, kini karya lukisan dapat penghargaan kerabat Diraja Kedah - “Dia ada pendapatan sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau anak bergasak dengan pembuli aku bagi 'green light' je" - Pesanan daddy 'ganas tapi sweet'

Namun tindakan seperti ini hanyalah jalan singkat yang bukan sahaja tidak menyelasaikan masalah malah membuatkan keadaan menjadi semakin buruk, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang guru ini.

Menerusi satu posting di Facebook, guru bernama Mohd Fadli Salleh turut berkongsi paparan 'screenshot' daripada group WhatsApp di mana ibu bapa 'berperang mulut' gara-gara anak dibuli.

Perkara seperti ini sudah tentu sesuatu yang 'tidak manis', justeru guru ini berkongsi nasihat mengenai langkah yang sewajarnya diambil jika kes buli berlaku.



Tangkapan skrin (screenshot) perang mulut di antara ibu bapa berkenaan kes buli. Foto: Fb Mohd Fadli Salleh

"Tepuk dahi aku baca screenshot ni petang tadi. Okey, meh nak cakap sikit kalau isu ni berlaku pada anak-anak kita. Pertama, terus report pada guru kelas kejadian anak kita dibuli.

"Kalau masih dibuli, terus pergi sekolah jumpa Penolong Kanan (PK) Hal Ehwal Murid (HEM), dan laporkan pula. Jika masih tiada tindakan, jumpa Guru Besar, tunjukkan semua bukti laporan pada guru kelas dan PK HEM, tapi kes tetap berlaku," tulisnya.

Menurut Mohd Fadli, lazimnya selepas aduan kepada guru yang berkenaan. tindakan segera pasti diambil termasuk memindahkan murid terlibat ke kelas lain jika perlu.

Tambahnya, ibu bapa diingatkan agar jangan sesekali membuat tindakan melulu dengan menghamburkan kemarahan pada group Whatsapp yang dianggotai ibu bapa murid lain dan pihak sekolah.



Anak-anak adalah cerminan ibu bapa, maka terapkan nilai murni terhadap diri mereka ketika masih kecil. Gambar hiasan

"Jangan pergi sound dalam group WhatsApp begini, pasti berakhir dengan perbalahan. Mula-mula perbalahan mulut sesama kaum mak, bila kaum ayah masuk campur, tak jadi gaduh mulut dah. Boleh bertumbuk.

"Budak-budak tak pandai berdendam, pagi gaduh, petang dah baik-baik. Orang dewasa ni kalau bergaduh, makan tahun pun tak baik-baik lagi," ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Mohd Fadli dalam masa yang sama berkata guru kelas turut memainkan peranan penting sekiranya perkara sebegini berlaku.

Budak-budak tak pandai berdendam, pagi gaduh, petang dah baik-baik. Orang dewasa ni kalau bergaduh, makan tahun pun tak baik-baik lagi.

MOHD FADLI SALLEH

GURU

"Benar ada murid jenis pembuli, hal ini guru kelas jangan ambil mudah. Ibubapa juga jangan ambil mudah bila guru tegur anak kita suka buli orang. 'Biasalah budak-budak', ayat ni tak boleh pakai untuk kes buli.

"Perangai membuli jika tidak dicegah awal, besar esok lagi teruk. So, masa rebung, masa boleh dilentur, kita didik betul-betul. Tanpa perlu bergaduh sesama orang dewasa. Urus dengan cara yang betul, InsyaAllah semuanya selesai dengan cara elok," katanya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 4,300 shares di Facebook.

Malah ada ibu bapa turut berkongsi pengalaman kes buli yang dialami anak masing-masing.



Perkongsian Mohd Fadli mengundang perhatian dengan ramai ibu bapa turut berkongsi kes buli yang dialami anak mereka.

"Baru ja kena, kawan tendang dekat mata.. anak bagi tahu. Tahun lepas dah pernah report dekat cikgu. Tapi tak ada tindakan pun. Kali ni pilih sabar jelah. Mujur baca posting cikgu. Lepas ni tahu la apa nak buat lagi.

"Anak dibuli semalam, tangan ditumbuk. Anak saya perempuan, speech delay, pendiam dan tak reti nak melawan. Harini suami terus pergi jumpa guru kelas dan guru besar, jumpa budak lelaki yang tumbuk anak. Moga jumpa jalan penyelesaian.

"Group WhatsApp kelas seeloknya cuma admin (cikgu-cikgu) ja yang boleh post. Kalau parents boleh post, memang kelaut la jadi nya," demikian antara komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain