KITA sering diingatkan supaya jangan terlalu ghairah mencari kesenangan dan kemewahan semasa hidup. Sebaliknya, ia seharusnya diimbangi dengan amalan yang boleh membawa ke syurga. Amalan bersedekah antara yang dititikberatkan dan dituntut dalam Islam, sehingga ramai berlumba-lumba untuk melakukannya bagi mengumpul saham akhirat. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda belajar sesuatu daripada penjual nasi lemak selepas lalu kawasan perkuburan jam 5 pagi - "Selalu saya sanggup guna jalan jauh" ARTIKEL BERKAITAN: Mak suruh belanja 2 makcik cleaner makan, anak turutkan saja tanpa banyak bunyi... tak lama kemudian datang rezeki tak pernah dijangka Menerusi satu posting seorang kaunselor keluarga di Facebook, beliau berkongsi kata-kata seorang makcik sebagai renungan bersama. "Ada makcik ni bercakap dengan saya perkara ni. Saya tuliskan untuk renungan, moga bermanfaat. Sedekahlah harta dan wang ringgit masa hidup ni. "Bila dah mati tak tahu waris buat apa pun dengan harta dan wang ringgit yang ditinggalkan. Masa hidup beli rumah empat buah untuk anak seorang satu. "Padahal anak boleh cari sendiri rumah tu. Kita dulu pun terkial-kial beli rumah sendiri. Ada mak bapa takut anaknya tak ada rumah kalau dia meninggal nanti," tulis Normaliza Mahdi di Facebook. Seorang makcik berkongsi pandangannya. -gambar hiasan Mengulas lanjut, kaunselor itu memberitahu timbul kebimbangan dalam kalangan ibu bapa bahawa anak mereka tidak mampu untuk berdikari, tetapi terlupa mengenai saham akhirat. "Takut anaknya tak boleh survive. Sedangkan ilmu agama tak bagi kat anak untuk survive di akhirat. Kalau ada rumah besar tapi tak solat dan tak tahu agama apa, tak guna!" ujarnya.Jika sedekahkan empat rumah tu dah boleh siap surau sebuah ataupun masjid. Masjid atau surau tu jadi sedekah yang berterusan. Dah meninggal dunia pun pahala mengalir Takut anaknya tak boleh survive. Sedangkan ilmu agama tak bagi kat anak untuk survive di akhirat NORMALIZA MAHDI "Padahal jika sedekahkan empat rumah tu dah boleh siap surau sebuah ataupun masjid. Masjid atau surau tu jadi sedekah yang berterusan. Dah meninggal dunia pun pahala mengalir. "Anak-anak ni sebab tak ada ilmu agama, mak bapa mati bantainya menyanyi lagu kegemaran mak bapanya. Mainnya piano, ataupun dibuatnya majlis hari jadi mak bapanya yang dah mati," katanya. Segelintir ibu bapa memberi lebih tumpuan untuk menyediakan rumah anak-anak. Namun, kata beliau, apa yang lebih menyedihkan apabila anak berkenaan langsung tidak ingat untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa yang meninggal dunia. "Yelah! Solat pun jarang. Jadi, sedekah masa hidup. Nak jaga anak berpada-pada. Jangan lupa saham diri sendiri. Ajar anak agama supaya bukan katanya Islam tapi kat tangannya ada benda haram. "Sebab anak ingat Islam ni hanya kat IC (kad pengenalan) tapi tak ada bezanya dengan yang lain. "Banyaklah lagi makcik ni beritahu. Bab tutup aurat pun dia sound (tegur). Pakai tudung tapi bogel. Semua lengkuk dan kegebuan terserlah," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!