suria

Pemuda jadi mangsa penyamaran terkejut tengok ‘diri sendiri’ lakukan gangguan seksual di Telegram - “Dia buat perempuan jadi takut”

Nadeem turut memberi penjelasan di Twitter berhubung apa yang berlaku ke atas dirinya.

MARUAH pemuda ini tercalar apabila ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya untuk melakukan penyamaran dan membuat gangguan seksual.

Menurut Syed Muhammad Nadeem Syed Noh, 20, perkara itu mula disedari sejak tahun lalu dan dia turut menerima beberapa aduan mengenai hal tersebut.

"Saya jadi mangsa selepas saya pernah tular di Twitter dan Instagram pada tahun 2020. Masa tu saya buat content untuk media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Teman lelaki online rupanya abang sendiri, pemuda ini teruk dikecam mainkan perasaan adik

ARTIKEL BERKAITAN: Buat video call konon! Lelaki menggigil kantoi zoom punggung wanita joging, apa yang ditemui dalam galeri telefonnya cukup mengejutkan

"Selepas orang mula kenal saya, ada yang curi gambar untuk kacau perempuan. Ramai juga yang maklumkan kepada saya.

"Individu itu menggunakan Telegram dan menghantar mesej bertanyakan nombor telefon, alamat serta soalan-soalan yang membuatkan perempuan jadi takut," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Nadeem, dia mengakui terkilan apabila kejadian demi kejadian tidak baik melibatkan gambarnya berlanjutan sehingga ke tahun ini.

Bermula dengan penyamaran biasa, individu itu kini turut melakukan gangguan seksual dengan menghantar gambar lucah menerusi Telegram kepada mangsa yang terlibat.

Dedah Nadeem, kejadian itu mula berlaku sejak tahun lalu.

"Yang terbaharu pula, dia kacau makin melampau. Buat gangguan seksual. Dia minta gambar perempuan yang diganggu, dia juga hantar gambar kemaluan sendiri.

"Saya pun terkejut bila bangun tidur dan dimaklumkan oleh kawan mengenai kejadian terbaharu ini," ujarnya.

Menurut Nadeem yang menetap di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, maruah dirinya turut tercalar apabila kejadian itu masih berlarutan sehingga kini.

Bagi mengelakkan kekeliruan, anak keempat daripada lima beradik itu turut membuah hebahan dan penjelasan di Twitter.

Sehingga kini, posting yang dikongsi Nadeem itu meraih hampir 4,000 ulang kicau (Retweet).

Gunakan masa yang ada untuk buat benda yang baik. Saya hanya boleh doa agar dia berubah.

NADEEM

"Nama saya tercemar disebabkan perkara ini. Walaupun orang sekeliling kenal saya macam mana, saya tetap rasa kecewa ia berlaku.

"Ramai juga yang minta saya laporkan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Setakat ini saya cuma maklumkan penjelasan sebenar di media sosial dan Alhamdulillah, mesej itu sampai.

"Kalau makin melampau, mungkin akan buat laporan," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Nadeem turut berharap individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu agar berubah dan tidak lagi menggunakan gambarnya.

Nadeem akui kurang aktif di media sosial susulan kejadian penyamaran yang menggunakan gambarnya itu.

"Ini kali pertama saya kena. Saya cuma nak sampaikan mesej kepada dia agar berubah. Carilah benda yang lebih berfaedah.

"Benda macam ni tak membawa manfaat dalam hidup. Gunakan masa yang ada untuk buat benda yang baik. Saya hanya boleh doa agar dia berubah," ujar Nadeem lagi.

Menurut Nadeem, dia pada tahun lepas banyak menghasilkan content video berkaitan kucing peliharaan serta video pembuatan kek.

Namun katanya, dia mula memperlahankan perkongsian di media sosial semenjak kejadian itu menimpa dirinya.

"Dari situ saya dah perlahan-lahan. Memang dah kurang aktif sekarang," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain