suria

Syabas sis! Tak cukup tolong rider kemalangan tepi jalan, nurse pecut pula hantar order pelanggan - “Bos besar dia datang rumah”

Nurul Hidayah membantu rider yang ditimpa kemalangan malah sempat membantu menghantarkan pesanan makanan kepada pelanggan rider berkenaan.

KALAU sudah namanya jururawat, pasti sifat mahu membantu orang lain sudah sebati dalam diri walaupun berada di luar waktu kerja.

Begitulah kisahnya wanita ini yang tidak berlengah membantu seorang penghantar makanan (rider) yang ditimpa kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja.

Lebih mengkagumkan, dia sempat menjadi 'rider bidan terjun' dan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan rider tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Panas’ tengok nurse diherdik, doktor tak teragak-agak sound waris pesakit... apa yang dilihat selepas itu cukup menyayat hati - “Sebab itu korang patut hormat mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap kali nak mandikan pakcik, si isteri beri alasan” - Nurse terkilan sikap famili pesakit di wad, solat tak tinggal, kerap mengaji tapi...

Video insiden itu yang dikongsikan di aplikasi TikTok sehingga kini meraih lebih 600,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Hidayah Abdul Rahman berkata ketika itu dia dan suaminya yang dalam perjalanan pulang ke rumah melihat satu kemalangan kecil yang baru berlaku di depan mata mereka sendiri.

"Suami minta saya turun kereta dan bantu tengokkan mangsa... kebetulan saya masih beruniform. Rider tu alami luka-luka di muka dan beberapa bahagian badan. Saya bantu berdasarkan apa yang saya pelajari.

"Masa tengah bantu rider tu, mulutnya tak henti-henti sebut pasal makanan yang tak sempat dihantar kepada pelanggannya. Saya minta dia call dulu keluarga dan pihak yang berkaitan, inform pasal kemalangan.

"Sementara nak tunggu bantuan dan keluarganya datang, saya dan suami sepakat nak tolong hantarkan makanan tu kepada pelanggannya. Dia beritahu lokasi rumah pelanggan dan kami pun terus pecut ke sana," cerita jururawat yang bertugas di Hospital Sultan Ismail, Johor ini.



Nurul Hidayah (kanan) dan suaminya tidak menyangka menerima kunjungan CEO OdeJee, Yusaini Ali selepas membantu seorang rider syarikat berkenaan yang ditimpa kemalangan.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi, pelanggan yang sememangnya sedang menunggu di luar rumah terkejut dan tidak menyangka seorang jururawat datang menghantar makanannya.

"Saya beritahu apa yang berlaku dan dia pun bergegas ikut kami ke lokasi kemalangan semula untuk lihat keadaan rider tersebut. Rider ni bekerja dengan syarikat OdeJee, masa tengah teman dia, memang tak henti-henti majikannya telefon tanya pasal keadaannya.

"Tak lama lepas tu famili rider ni sampai.. bukan setakat famili, tapi team dekat HQ pun datang sekali. Team mereka ada minta nombor telefon saya. Saya pun beri dan kemudian beredar selepas itu," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Namun tanpa disangka-sangka, tidak lama selepas sampai di rumah, Nurul Hidayah menerima panggilan daripada pihak OdeJee memaklumkan mahu bertemu dengannya.

Alhamdulillah... tak sangka niat ikhlas membantu rider tu rupa-rupanya terpalit rezeki.

NURUL HIDAYAH ABDUL RAHMAN

JURURAWAT

"Saya pun beritahu alamat rumah. Tak sangka, orang yang datang ke rumah adalah CEO OdeJee, Encik Yusaini Ali. Mereka sampaikan ucapan penghargaan. Memang tak sangka sangat sebab niat kita betul-betul ikhlas nak membantu saja," ujarnya mengimbas kembali peristiwa yang berlaku bulan lalu itu.

Malah ujar Nurul Hidayah, pihak OdeJee turut mempelawa suaminya untuk menyertai pasukan mereka.

"Alhamdulillah... tak sangka niat ikhlas membantu rider tu rupa-rupanya terpalit rezeki," ujarnya yang sudah sembilan tahun bergelar jururawat.

Bercerita pula mengenai pengalamannya sepanjang bertugas, Nurul Hidayah berkata terlalu banyak peristiwa yang menginsafkan dan membuatkan dirinya terkesan, lebih-lebih lagi apabila menyaksikan detik kematian pesakit.



Rakaman daripada CCTV ketika pihak OdeJee berkunjung ke rumah Nurul Hidayah.

"Macam kisah baru-baru ni, seorang pesakit lelaki meninggal dunia secara mengejut di depan mata, sedangkan kami sedang bersembang. Pakcik ni dia masuk wad sebab dakit dada.

"Masa tu memang saya yang tengah attend dia. Masa tu dia tengah nak tukar baju biasa kepada baju hospital. Dia seloroh cakap 'bila sihat senang je pakai, bila sakit susah pula'.

"Masa dia tengah berdiri sambil tukar baju, tiba-tiba dia terdiam. Saya pun dah rasa lain... terus bangun dan mujur sempat paut badannya sebelum dia tumbang. Doktor terus datang dan intubate serta buat CPR namun dia tak dapat diselamatkan.

"Sekelip mata saja... kalau ajal, memang tak cepat dan tak lambat walau sesaat," ceritanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain