suria

Isteri menggigil awal subuh, terus hulur kit ujian kehamilan kepada suami tengah syok layan tidur - “Dia mamai, tak percaya”

Azmina yang mengejutkan suaminya bangun dari tidur, menunjukkan kit ujian kehamilan dengan keputusan positif. Azmina dan suami (gambar kecil) baru berkahwin Oktober lalu.

BUKAN semua suami mudah untuk bangun dari tidur, maka isterilah yang biasanya mengambil peranan untuk mengejutkan pasangan masing-masing.

Namun lain pula yang ditunjukkan dalam satu video yang tular, menunjukkan seorang isteri mengejutkan suaminya yang sedang tidur sambil memberikan kejutan yang tidak disangka-sangka.

Dalam keadaan mamai, suaminya terpinga-pinga melihat dua kit ujian kehamilan yang diberikan oleh isteri sebelum dimaklumkan keputusannya adalah positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa result asyik negatif, suami minta isteri berhenti check kehamilan! Buka kotak kejutan 'Hai daddy'... disangka ada makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami muntah depan pagar, isteri cepat-cepat masuk rumah sebelum meraung gembira dalam tandas - "Dia tak berhenti ketuk pintu"

Wanita berkenaan, Siti Nur Azmina Mohd Yazid berkata, momen tersebut dirakamkan pada minggu lalu kira-kira pukul 6.30 pagi ketika mahu mengejutkan suaminya yang sedang tidur.



Azmina dan suami berkahwin pada November 2020.

Berkongsi kisah di sebaliknya, dia menyedari lewat datang bulan (haid) selama dua hari dan terdetik untuk membeli kit ujian kehamilan sebelum melakukan pemeriksaan.

"Saya cuba sekali, keputusan positif. Saya cuba guna kit yang kedua, tetap positif! Masa tu saya rasa menggigil antara rasa bersyukur dan gembira seperti tidak percaya.

"Memang tak sangka, tapi bersyukur sangat. Dalam keadaan menggigil tu, saya terus pergi kejutkan suami di bilik untuk berkongsi berita gembira," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Azmina, katanya, dia dan suami mendirikan rumah tangga pada November 2020 selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2018.



Usia kandungan Azmina kini lima minggu.

"Walaupun baru berkahwin, kami memang berharap untuk dikurniakan zuriat. Kami tidak meletakkan harapan, tetapi berusaha dan berdoa agar hasrat kami dimakbulkan.

"Februari lalu, saya pertama kali lewat datang bulan selepas kahwin dan tapi keputusannya negatif selepas buat ujian. Mula-mula memang sedih, tapi suami beri sokongan minta bersabar," ujarnya yang berasal dari Kulai, Johor.

Suami teringin juga nak jadi romantik, tapi dia tak reti buat kejutan. Jadi, saya je yang selalu buat kejutan.

SITI NUR AZMINA MOHD YAZID

Sejak di awal perkenalan, Azmina mengakui sering membuat kejutan terhadap suaminya yang juga berusia 24 tahun dan setiap rancangan yang dibuat sering kali menjadi.

"Tapi sebelum ni saya buat kejutan pada dia dalam keadaan berjaga, maksudnya bukan tengah tidur. Kalau waktu sibuk pun, ketika dia bekerja.

"Suami teringin juga nak jadi romantik, tapi dia tak reti buat kejutan. Jadi, saya je yang selalu buat kejutan," ujarnya yang bekerja di sebuah kilang di Senai.



Azmina (kanan) sering membuat kejutan pada suaminya sejak dari awal perkenalan.

Menurut wanita bertuah itu, kejutan terbaharu yang dibuatnya adalah untuk mengumumkan dia hamil dan kini usia kandungannya mencecah lima minggu.

"Kejutan kali ini menjadi sebab suami dalam keadaan mamai, dia macam tak percaya bila saya beritahu 'positif' (keputusan ujian kehamilan).

"Lama juga dia tengok kit tu, bukan satu tapi sekali dua saya bagi. Dalam masa saya mengejutkan suami, dia dapat kejutan lagi. Kiranya kejutan dalam kejutan.

"Dua hari sebelum tu suami ada alahan, rasa loya-loya. Kemudian, saya pula yang loya-loya. Syukur Alhamdulillah, semoga proses kehamilan saya dipermudahkan," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain