SEGALA juadah yang dihasilkan selebriti masakan, Khairulaming sentiasa menjadi perhatian ramai sejak dulu lagi. Terbaharu, tular video seorang wanita sedang membebel di dalam kereta gara-gara anaknya yang terpengaruh dengan video masakan Khairulaming. "Ni semua Khairulaming punya pasal," ujar Nor Haslinda Zainal Abidin, 52, sambil dirakam anak ketiganya, Damiya Batrisyia Azhar yang kini berusia 19 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Wow... kebakaran merata-rata, ikan masak bunga api pula gempak habis! Khairulaming janji ‘belanja’ 30 resipi sepanjang Ramadan ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka pengikut IG naik lebih 100,000 gara-gara video 'suka-suka' Video yang dikongsi ke Twitter itu sehingga kini meraih sekitar 300,000 tontonan. Gadis yang mesra disapa Damiya itu berkata, dia sudah lama mengikuti video-video masakan Khairulaming. "Video viral itu saya rakam pada Jumaat. Saya sendiri yang terpengaruh dengan video resipi Khairulaming. Saya pun dah lama follow sejak dia popular. Dah banyak kali juga tiru resipi dia. Damiya bersama ibunya. "Sewaktu video tu dirakam, saya ajak ibu pergi beli barang sebab saya tak boleh memandu. Secara spontan saya rakam ibu membebel. "Saya nak buat resipi ayam tiram Thai. Alhamdulillah jumpa bahan-bahan, baliknya saya terus masak. Memang sedap," ujarnya kepada mStar. Menurut penuntut bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu, dia juga terkejut apabila Khairulaming turut memberi respon terhadap video ibunya di Twitter. Rata-rata komen semua terhibur dengar ibu saya membebel. Ibu saya memang macam tu, dia seorang yang kelakar. DAMIYA "Hahaha ampun maaf ibuuuu," tulis Khairulaming pada perkongsian video itu. Kata Damiya yang juga anak ketiga daripada empat beradik, ibunya juga gembira apabila video berkenaan mendapat perhatian selebriti masakan itu. Resipi ayam tiram Thai oleh Khairulaming (kiri) yang ditiru oleh Damiya (kanan) pada Jumaat. "Saya terkejut video tu viral. Saya kongsi secara suka-suka saja. Kemudia tengok Khairulaming reply pula. Ibu pun seronok. Dia tahu dia tengah viral. "Rata-rata komen semua terhibur dengar ibu saya membebel. Ibu saya memang macam tu, dia seorang yang kelakar," ujarnya yang menetap di Semenyih, Selangor. Kata Damiya lagi, setiap hari dia akan menunggu perkongsian video baharu Khairulaming menerusi media sosial. Foto ahli keluarga Damiya. "Selalu tunggu dan tengok, kalau senang boleh ikut," ujarnya. Terdahulu pada Isnin, mStar melaporkan Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman tampil dengan program '30 hari 30 resipi' menerusi media sosialnya. Menurut Khairulaming, dia akan berkongsi pelbagai video resipi sepanjang bulan Ramadan ini sebagai kesinambungan kepada program sama yang pernah dibuat pada tahun sebelum ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)