suria

Perhatian rakyat Malaysia! Dr Rafidah rayu tunaikan satu perkara ketika beraya - “Beringatlah walau kita sihat dan tak bergejala”

Dr Rafidah menitipkan pesanan buat rakyat agar tidak lupa mematuhi SOP ketika menyambut hari raya.

NAMA Dr Rafidah Abdullah sememangnya tidak asing lagi bagi pengguna media sosial.

Dr Rafidah adalah antara pengamal perubatan yang lantang memberi pandangan secara terbuka mengenai isu-isu kes Covid-19 ketika ini.

Terbaharu, sehari sebelum menjelangnya 1 Syawal, doktor ini sekali lagi menggunakan media sosial untuk merayu kepada orang ramai agar mengambil langkah keselamatan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika meraikan Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak perlu PKP berdarjat, masyarakat keliru” - Dr Rafidah bimbang Malaysia ikut jejak India, rayu adakan PKP penuh sekali lagi

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak nampak jalan keluar kalau begini bercelarunya negara” - Kuarantin 2 darjat... Dr Rafidah coret luahan kepada Menteri Kesihatan

"Kes-kes semakin meningkat minggu ini kerana jangkitan Covid-19 kategori 5 yang ramai; pesakit-pesakit ini memerlukan rawatan dialisis.

"Kami hanya sekadar merayu kepada rakyat Malaysia. Patuhi SOP. Pelitup muka, penjarakan fizikal, sentiasa basuh tangan dan duduk di rumah sendiri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ini sahajalah yang boleh mengubati pengorbanan dan kepenatan kami. Tunaikanlah hajat kami. Please.

"Beringatlah walaupun kita sihat dan tidak bergejala, tidak bermakna kita bukan pembawa kuman Covid-19. Walaupun telah divaksin," katanya menerusi satu coretan di Twitter.



Coretan Dr Rafidah Abdullah di Twitter.

Ujarnya, di kala masyarakat mengeluh kerana terpaksa meraikan Aidilfitri dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pelbagai larangan yang dikuatkuasakan, namun petugas kesihatan pula tetap tabah menggalas tanggungjawab.

"Tidak pernah kami mengeluh di dalam menggalas tugasan. Aidilfitri kali ini tiada bezanya.

"Kami pasrah, tidak boleh balik kampung dan tidak dapat melawat ibu bapa yang berada di daerah berbeza. Kesemuanya bertugas sepeti biasa," tulisnya.

Kami hanya sekadar merayu kepada rakyat Malaysia. Patuhi SOP. Pelitup muka, penjarakan fizikal, sentiasa basuh tangan dan duduk di rumah sendiri.

DR RAFIDAH ABDULLAH

Pada 12 Mei, negara merekodkan 4,765 kes Covid-19 dengan angka kematian sebanyak 39 kes, sekali gus menjadi angka kematian tertinggi yang direkodkan setakat ini.

Manakala bilangan pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) juga bertambah dengan 469 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah beberapa hari lalu turut melahirkan kebimbangan dengan situasi meruncing ketika ini di mana kadar penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU Covid-19 di Lembah Klang secara keseluruhannya mencapai 90 peratus.



Dr Rafidah meminta rakyat tidak lupa mematuhi SOP ketika berhari raya.

"Jangan kita menjadi penyebab orang-orang yang kita sayang sakit tenat kerana kesilapan kita.

"Daftarlah untuk vaksin. Daftarkan orang-orang yang kita sayangi. Inilah caranya untuk keluar dari belenggu pandemik Covid-19 ini," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain