suria

Air mata iringi pemergiannya, remaja imbas memori study lewat malam bersama Paktam - “Dulu mak tak pernah suka kucing”

Video Hakiem memangku Paktam ternyata mengundang sebak dalam kalangan netizen.

BAGI segelintir individu, kucing bukan sekadar haiwan peliharaan bahkan sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.

Pada Jumaat lalu misalnya, jejaka ini gagal menahan sebak apabila kucing kesayangan yang digelar Paktam mati dipercayai akibat tertelan racun tikus di kediaman mereka di Sabak Bernam, Selangor.

Menurut Wan Abdul Hakiem Irsyaad Wan Lokman, 19, terlalu banyak kenangan yang dicipta bersama haiwan comel itu sehingga pemergiannya secara mengejut memberi impak mendalam buat keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa saja demi haiwan! Dua gadis bergegas pergi kerja sanggup patah balik alih kucing mati, bangkai anjing pun pernah alihkan

ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga menggigil, kucing kesayangan sarat mengandung hilang 4 kaki

"Terlalu banyak detik kami bersama. Sejak saya zaman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Paktam akan teman saya study sampai awal pagi.

"Paktam akan duduk atas meja teman saya. Ia kucing yang sangat baik dan cukup berbeza dengan kucing lain.

Hakiem dan Qila.

"Dulu mak tak pernah suka kucing, tapi dia berubah sejak ada Paktam. Ini kali pertama mak saya menangis kerana kucing.

"Paktam ni baik dengan kami sekeluarga, Paktam tidur dengan semua orang," ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mesra disapa Hakiem, penuntut bidang Perakaunan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu turut terharu dengan doa orang ramai apabila video detik terakhir dia bersama Paktam tular di media sosial.

Dalam rakaman itu, Hakiem gagal menahan air mata ketika membawa Paktam ke sebuah klinik veterinar berdekatan sebelum ia menghembuskan nafas terakhir di hadapan doktor bertugas.

Ramai yang mesej tawarkan kucing baharu, nak hantar kepada kami.

QILA

Dalam pada itu, kakak kepada Hakiem, Wan Nur Aqilah Shahirah yang juga Juara Ratu Hijabista 2020 mendedahkan dia adalah individu di sebalik rakaman penuh emosi itu.

"Dulu saya belajar di Rembau, Negeri Sembilan. Saya yang bawa balik kucing tu. Ia kucing baka hutan.

Kata Hakiem, seluruh ahli keluarganya terkesan dengan kematian Paktam.

"Selain Paktam, ibu kepada Paktam juga sudah mati... sekarang tinggal adiknya lagi seekor yang kami gelarkan Oyen.

"Saya tak sangka video Paktam mati akan jadi viral. Saya rakam untuk hantar update dalam grup WhatsApp keluarga, kemudian saya edit dan kongsi di Instagram.

"Tak sangka sangat. Waktu Paktam hidup tiada orang kenal, lepas mati ramai yang kenal. Terima kasih kepada semua yang doakan kami.

Kehadiran Paktam menceriakan kehidupan keluarga Hakiem dan Qila selama ini.

"Ramai yang mesej tawarkan kucing baharu, nak hantar kepada kami. Tapi kami menolak cara baik, lagipun kami masih ada Oyen di rumah," ujarnya yang mesra disapa Qila.

Untuk rekod, video kematian kucing itu yang dikongsi di Instagram Qila kini meraih lebih sejuta tontonan.

Ia turut dikongsi di Instagram Hakiem dan sehingga kini meraih lebih 200,000 tontonan dengan dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya menzahirkan ucapan simpati buat mereka sekeluarga.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain