SEBAGAI anak jati Perak, pereka grafik ini ada cara tersendiri untuk memperkenalkan negeri itu ke mata dunia. Dengan bakat yang dimiliki, Badrul Akram Badaruddin, 30, banyak berkongsi karya kreatif berkaitan Taiping dan daerah-daerah lain negeri itu menerusi media sosial miliknya. Terbaharu, video memaparkan lokasi menarik di sekitar Taiping yang dikongsi ke Instagram meraih hampir setengah juta tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki buta warna pilih kerjaya jurufoto, hasilnya sangat wow! - “Client ragu-ragu, saya tak ambil hati” ARTIKEL BERKAITAN: Baru 3 tahun jadi jurugambar dah ada syarikat, pemuda nak buat A to Z... lain rasanya lihat pengantin PKPB di pelamin karya sendiri Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Badrul terharu apabila ramai yang memberi sokongan terhadap hobinya itu. "Saya bekerja sepenuh masa sebagai pereka grafik sejak tahun 2013. Minat terhadap fotografi dan penghasilan video pun dah lama. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Tapi saya buat untuk suka-suka saja. Lebih kepada hobi sebab nak lari daripada kebosanan kerja hakiki. Tapi saya ada juga buat wedding photography. Antara foto yang dikongsi oleh Badrul menerusi Instagram. "Kalau tengok di Instagram, karya-karya saya dihasilkan menggunakan telefon iPhone 11. Tapi kalau ada job wedding, saya akan guna kamera sebenar," ujarnya kepada mStar. Ramai yang mesej tanya lokasi-lokasi untuk dikunjungi, jadi saya puh dah buat senarai untuk dikongsi dengan mereka semua. BADRUL Kata bapa kepada dua cahaya mata itu, dia komited untuk mengetengahkan keistimewaan Taiping yang mungkin masih asing dalam kalangan orang luar. Malah katanya, dia menerima banyak mesej netizen susulan penularan video pelancongan Taiping yang dihasilkannya baru-baru ini. "Saya dilahirkan di Ipoh, tapi membesar di Taiping. Saya kalau boleh nak tunjuk apa yang ada di Taiping. Bagi saya, Taiping ni menenangkan jiwa. Selain Taiping, dia juga banyak berkongsi mengenai lokasi menarik lain dalam negeri Perak. "Ada tasik, ada air terjun dan macam-macam lagi. Saya pun tak sangka akan menerima hampir setengah juta tontonan video di Instagram. "Ramai yang mesej tanya lokasi-lokasi untuk dikunjungi, jadi saya pun dah buat senarai untuk dikongsi dengan mereka semua. "Terima kasih sangat-sangat kepada yang sokong saya dan yang suka gambar saya. Saya terima semua komen dengan hati terbuka," ujarnya lagi. Foto kambing yang dirakam di Semanggol turut mencuri perhatian ramai. Tambah Badrul, Taman Tasik Taiping menjadi lokasi wajib kepada sesiapa yang berkunjung ke daerah itu. Malah katanya, banyak air terjun serta lokasi lain turut terletak berdekatan yang mana ia merupakan tarikan utama untuk kaki fotografi. Dalam pada itu, Badrul sempat berkongsi cerita mengenai seekor kambing 'cantik' yang ditemuinya di Semanggol, baru-baru ini. Foto kambing dengan bulu keperang-perangan itu turut dikongsi menerusi laman Instagram miliknya sehingga menerima pujian ramai. Badrul merupakan pereka grafik dan jurugambar sambilan. "Masa tu saya baru siap shoot pengantin di sawah. Selepas tamat, kami ternampak sekumpulan kambing. "Dalam banyak-banyak, seekor tu lain daripada yang lain. Yang seekor tu sangat manja. Jadi saya terus ambil gambar kambing tu. "Itu yang seronok kadang-kadang. Kita pergi shoot benda lain, kemudian jumpa benda lain pula secara tak sengaja," ujarnya lagi. Selain Instagram, Badrul juga ada berkongsi karya miliknya menerusi TikTok. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!