PERANG rakyat negara ini dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 nampaknya masih belum berakhir. Selain berperang melawan penyakit, kita juga seolah-olah 'sakit kepala' berperang dengan penularan maklumat tidak tepat khususnya di media sosial. Ada yang mempertikaikan rekod jangkitan harian, ada pula yang mendakwa wujud agenda terancang dalam pemberian vaksin terhadap penduduk negara ini. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki mengadu nasib putus cinta sebab kekasih anti vaksin, percaya bumi rata... rakan sikit pun tak simpati ARTIKEL BERKAITAN: Komen warga FB yakin Covid-19 sembuh sendiri curi perhatian KJ, ramai gembira wujud grup tak percaya perubatan moden Terbaharu, tular pula satu audio menerusi WhatsApp melibatkan wanita dikenali sebagai Mak Teh yang menyebarkan berita palsu mengenai kematian orang ramai akibat vaksin. Dalam audio berkenaan, Mak Teh mendakwa seramai 40 jururawat meninggal dunia kerana mengambil vaksin Covid-19 yang diberikan kerajaan. Selepas tular di WhatsApp, audio suara Mak Teh turut dikongsi di Facebook, Twitter dan Instagram. Individu tersebut turut mendakwa vaksin Covid-19 tidak diuji di makmal serta mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Malah, dia juga mencadangkan mereka yang sudah menerima dua dos vaksin agar ‘mencuci badan’ dengan meminum air kelapa bagi membersihkan racun daripada vaksin berkenaan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Semakan mStar di media sosial seperti Twitter menggunakan kata kunci 'Mak Teh' turut menemui lambakan posting yang rata-ratanya mengecam wanita itu. Malah, ramai meluahkan rasa geram, tak kurang juga yang tertanya-tanya mengenai identiti sebenar Mak Teh.Menerusi artikel ini, mStar berharap sudilah kiranya Mak Teh menghubungi kami di mana-mana platform media sosial untuk memberi pencerahan berhubung kata-katanya yang tular dan hangat diperdebatkan kini. Kalau dia mati, Mak Teh lah yang bertanggungjawab. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD "Walau siapa pun kau Mak Teh, kalau jumpa depan-depan saya akan lawan kamu. "Wahai Mak Teh air kelapa, kita perlu berbincang. "Walau macam mana sekalipun, kita perlu pastikan Mak Teh ditangkap. "Tolong cari Mak Teh ni," tulis netizen. Selain netizen, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas audio tular itu. Tun M turut mengecam audio tular itu. Kata Tun M, dakwaan Mak Teh sama sekali tidak berasas dan boleh mempengaruhi orang ramai dalam proses pengambilan vaksin. “Kita tidak boleh cakap macam itu. Kita kena tentukan apa yang kita katakan itu betul ataupun tidak. Saya tidak percaya dia (Mak Teh) betul kerana saya pun telah disuntik, isteri saya pun telah disuntik, tidak ada apa pun. “Kami lebih bertahan daripada dijangkiti dengan wabak ini. Ini satu dakyah yang tidak ada asas. Dia sebenarnya menghukum mati kepada orang yang tidak dapat vaksin. “Jadi orang tidak dapat vaksin mereka akan kena penyakit ini. Kalau dia mati, Mak Teh lah yang bertanggungjawab, ” ujar beliau dalam video yang dikongsi di Facebook. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!