suria

Dah kenal lama, tukang cuci baru tahu ‘identiti’ rakannya! Ceria kerja di kedai makan, tapi simpan kisah duka - “Petang tu dia betul-betul bawa gitar”

Rakaman memaparkan aksi warga emas itu sedang memetik gitar menjadi tular di TikTok.

OTAI masih berbisa!

Mungkin itulah ungkapan paling tepat untuk menggambarkan bakat yang dimiliki Kuah Poh Sin, 70, atau Stone yang bekerja di sebuah kedai minuman di Pasar Awam Kampung Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menurut Wan Mohd Amyrul Wan Jelani, 28, dia sudah tiga tahun mengenali warga emas itu, namun tidak pernah sedar akan bakat yang dimilikinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 9 tahun keluar-masuk sekolah, akhirnya lelaki ini dapat lihat pelajar Cina ‘rare’

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan calang-calang orangnya... rela jalan kaki KL-Ipoh kerana seorang wanita, lebih tragis si dia larikan diri - "Abang Wan terkejut, terus hulur RM400"

"Saya merupakan pekerja pembersihan, selalu berborak dengan Stone sebab setiap hari saya akan menyapu di sekitar kawasan itu.

"Dalam dua bulan lepas, saya tanya dia pasal main gitar. Dia kata dia boleh main, tapi saya ingatkan dia bergurau.

"Petang tu dia betul-betul bawa gitar dan mainkan lagu. Stone cerita, dia dulu pernah jadi pemuzik kelab malam.

Wan sudah tiga tahun mengenali warga emas itu.

"Saya memang terkejut, terpegun pun ada. Sebab dah kenal lama, lepas tiga tahun baru tahu bakat dia," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Wan, kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai itu mendedahkan Stone juga pandai menyanyi lagu-lagu Melayu dan Inggeris.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya lagi, dia juga terkejut apabila video Stone sedang memetik gitar yang dikongsi ke TikTok menjadi tular dan menarik perhatian netizen.

Dalam keceriaan dia memetik gitar menggembirakan kita, kita tak tahu kesedihan yang dialami.

WAN

"Bila cerita pasal dia dah viral, Stone pun teruja. Dia kata, tak sangka video 'hot' macam tu sekali.

"Ramai netizen minta hasilkan lebih banyak video Stone main gitar dan menyanyi pada masa akan datang.

"Tapi mungkin juga disebabkan faktor usia, suara Stone pun mungkin dah tak hebat macam dulu," ujar Wan.

Menurut Wan lagi, Stone menetap berhampiran pasar tempat dia bekerja dan hidup dalam keadaan serba susah.

Malah kata Wan, dia berbesar hati jika ada yang mahu membantu meringankan beban keluarga warga emas itu.

Stone mendedahkan dia dulu pernah menjadi pemuzik kelab malam.

"Stone ni keluarga dia susah. Dia duduk belakang pasar. Saya pernah pergi melawat, isterinya lumpuh separuh badan.

"Dia juga tinggal bersama adik dan abang. Berempat dalam rumah tu. Difahamkan, dia juga penerima bantuan kebajikan.

"Tapi kalau ada yang nak bantu, boleh cari dia. Baru-baru ini telefon Stone rosak sebab terjatuh.

"Dalam keceriaan dia memetik gitar menggembirakan kita, kita tak tahu kesedihan yang dialami," ujar Wan lagi.

Bagi mereka yang mahu menghulurkan bantuan buat warga emas itu, mereka boleh berhubung dengan Wan di talian 013-9188410.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain