suria

Dituduh ‘ambil barang’ sebab muka cengkung, lelaki ini gigih main gim selepas putus cinta... tapi timbul ‘isu’ lain pula - “Awek saya geli orang badan sado”

Man bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh teman wanitanya.

DULU kurus kini sado, namun proses untuk mendapatkan tubuh badan idaman tidaklah semudah yang disangka.

Begitulah kisah Muhd Akmal Muhd Azmi, 22, yang berkongsi pengalaman transformasi fizikal dirinya menerusi aplikasi TikTok.

Mesra disapa Man, pendandan rambut itu sempat memperincikan semula kisah perjalanannya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurus sampai digelar penagih, lagi parah ditinggalkan kekasih... lihatlah abang sekarang dah sado!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘badan tak lawa’ nyaris tinggalkan gim sebab ‘gerun’ tengok ramai bro sado, tak sangka kini dah sama level dengan mereka

"Masa kurus dulu, saya memang minat badan sado, tapi tak ada modal dan sokongan. Berat pun dalam 50 kilogram (kg).

"Orang macam saya nampak pelik kalau kurus, sebab rangka badan besar. Saya pula dulu jenis 'berlemak' kat pipi, tapi badan tak gemuk.

Man ketika masih kurus.

"Bila diet kurang makan, muka jadi cengkung. Orang fikir saya ambil benda-benda terlarang, benda merapu.

"Ada kawan yang jenis cakap lepas, dia kata macam tu. Memang terasa, tapi kita faham dia jenis cakap lepas," ujarnya yang menetap di Sungai Petani, Kedah.

Lepas saya buat badan, saya dah jumpa pengganti, dah jumpa orang lain.

MAN

Selain kata-kata orang yang mempertikaikan fizikal dirinya yang kurusnya pada waktu itu, Man mendedahkan pengalaman putus cinta turut menjadi titik tolak perubahan dirinya.

Menurut Man, dia berpisah dengan bekas teman wanita pada penghujung tahun 2019 sebelum mula bergiat aktif di gim pada awal 2020.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Salah satu punca lagi kenapa saya nak berubah, sebab saya broken... putus cinta. Tapi ia jadi pembakar semangat untuk saya.

"Saya mula ke gim dan jaga badan pada awal tahun 2020. Alhamdulillah, hari tu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berat saya dalam 85kg.

"Sekarang, dalam 70kg. Susah sebenarnya nak jaga badan dan jaga makan. Tak semua orang boleh 'buat badan'.

"Sepanjang proses buat badan, tipulah kalau tak pernah nak putus asa. Tapi bila ingat balik apa orang cakap pada kita, ia akan beri motivasi," ujarnya yang akan ke gim sebanyak enam kali seminggu.

Bukan mudah untuk mendapatkan tubuh badan idaman, malah Man sendiri pernah hampir berputus asa sebelum ini.

Berkat kesabaran dan usahanya, Man bukan sahaja berpuas hati dengan fizikal tubuhnya kini, malah dia juga sudah bertemu cinta hati baharu.

"Lepas saya buat badan, saya dah jumpa pengganti, dah jumpa orang lain tapi awek saya pun geli dengan orang badan sado.

"Alhamdulillah lepas dia kenal saya, dia dah OK. Kawan-kawan dia pun geli dengan badan saya. Tapi saya tak ambil hati. Nak kata apa-apa pun, janji badan saya cantik," ujarnya berseloroh.

Tambah Man, dia bersyukur dengan kehadiran serta sokongan oleh Noor Shahira Ahmad Bakhir, 22, dan mereka turut merancang untuk mendirikan rumah tangga.

"Bersyukur dan terhutang budi dengan dia. Banyak yang dia support. Betul apa orang kata, tuhan akan gantikan 10 kali ganda yang baik daripada yang sebelum ini.

"Doakan kami, tengah kumpul duit untuk kahwin," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain