suria

Hikmah tempahan siap tapi tak nak bayar... kini karya pelukis automotif Malaysia terjual hingga ke luar negara - “Orang tu kata terlalu buruk”

Emir mengakui dia juga tidak terlepas dengan pandangan skeptikal mengenai bidang yang diceburinya itu.

MUNGKIN ada dalam kalangan kita yang memandang rendah terhadap bidang seni dan menganggap kerjaya sebagai pelukis tidak menjamin masa depan.

Namun, jejaka ini membuktikan sebaliknya apabila minat yang bercambah sejak sekian lama menjadi mata pencarian utamanya hari ini.

Menurut Muhammad Emir Effendy bin Ahmad Lothfi, 25, dia menjadikan hobi melukis sebagai kerjaya utama sehingga mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Karya atas kanvas raih perhatian ramai, rupa paras pelukis turut dipuji

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 5 kali interview arkitek tak dapat, pelajar master tak persia bakat seni

Mesra disapa Emir, dia yang banyak menghasilkan lukisan automotif mampu tersenyum bangga apabila karyanya dibeli individu dari Amerika Syarikat (AS), Norway dan Hong Kong.

"Saya terharu bila orang luar tempah dan beli karya saya. Kebanyakannya mereka kenal saya menerusi media sosial.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya dapat client pertama dari luar negara ketika zaman belajar, client dari AS. Dia minta saya lukis sebuah kereta lama.

"Masa tu, saya pun tak tahu nak letak harga macam mana. Mereka kata harga lukisan saya sangat murah.

Karya lukisan automotif oleh Emir turut terjual sehingga ke luar negara.

"Bermula dari situ saya banyak belajar mengenai nilai lukisan," ujarnya kepada mStar.

Bercerita mengenai perjalanannya, Emir mengakui dia juga tidak terlepas dengan pandangan skeptikal mengenai bidang yang diceburinya itu.

Saya sendiri melalui banyak proses. Pernah suatu masa dulu, dah siap lukisan tapi orang tak nak bayar.

EMIR

Namun kata Emir, dia menjadikan segala apa yang dilaluinya sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya pada masa akan datang.

"Kalau keluarga, memang mereka beri sokongan penuh. Tapi biasanya timbul persoalan dari orang luar yang mungkin pandang remeh bidang ini.

"Tapi saya ambil sebagai satu cabaran, jadi semangat untuk saya terus melukis. Bila dah ada client dalam Malaysia, kemudiannya dari luar negara... jadi saya dah mula tak endah dengan pandangan remeh orang," ujarnya yang menetap di Ipoh, Perak.

Menurut lepasan bidang Seni Halus Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, dia mula melukis sejak berusia enam tahun.

Antara lukisan yang dihasilkan Emir.

Malah kata Emir, bakat itu diwarisi daripada bapanya, Datuk Ahmad Lothfi Ibrahim, 51, bekas pelukis komik era 90-an yang kini menyandang jawatan sebagai presiden Persatuan Pelukis Perak (PPP).

Dalam pada itu, Emir turut menitipkan pesan kepada mana-mana individu di luar sana agar tidak mudah luntur semangat jika ada yang memandang rendah terhadap bidang seni.

"Saya sendiri melalui banyak proses. Pernah suatu masa dulu, dah siap lukisan tapi orang tak nak bayar, orang tu kata ia terlalu buruk.

"Saya anggap ia asam garam, itu proses untuk saya belajar. Jadi kalau ada bakat dan minat, pada saya tak rugi untuk kejar impian.

"Zaman sekarang, ada banyak platform untuk kongsi karya seni seperti media sosial," ujar Emir lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain