BUKAN seorang dua, tetapi lapan ahli keluarga wanita ini disahkan positif Covid-19. Lebih menyedihkan apabila berita duka itu diterima pada 1 Syawal ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Ujian hebat bulan Syawal buat kami sekeluarga," demikian tulis wanita berkenaan pada video yang dikongsikan di TikTok, selain dia turut memohon netizen memanjatkan doa untuk keluarganya. ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga peluk cium atuk usia 74 tahun positif Covid-19, ahli keluarga perjelas hal sebenar... video ‘lain dikongsi di media sosial, lain yang viral’ ARTIKEL BERKAITAN: Ibu berwaspada sambut raya selepas 12 ahli keluarga termasuk bayi usia 14 hari positif Covid-19 - “Kalau kena batang hidung sendiri baru tahu” Sehingga kini video tersebut meraih lebih 28,000 tontonan dengan rata-rata netizen turut mendoakan agar keluarganya pulih. Menurut Raidah Alimah Zuber, segala-galanya bermula pada pagi Syawal apabila bapanya mula diserang demam. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Pagi tu abah mula tak sihat... dia demam. Abah memang mudah diserang demam tapi tak sangka pun sebab Covid-19. Tapi abah tetap pakai topeng muka. "Raya kami pagi tu macam biasa... bersalam-salaman tanpa peluk dan sempat bergambar sekejap ja sebab abah nak berehat. Petang tu, demam abah makin melarat. Seorang demi seorang ahli keluarga Raidah dibawa ke pusat kuarantin dan hospital. "Abah buat ujian swab dekat klinik swasta... tak lama tu keputusan keluar dan sah abah positif. Memang terkejut bila dapat berita tu sebab kami risaukan kesihatan abah memandangkan dia warga emas. "Abah kemudian dijemput dan diletakkan di pusat kuarantin. Esoknya, kami sekeluarga buat ujian swab, sehari kemudian keputusan ujian keluar. Saya dan enam yang lain turut positif," ujar wanita berusia 24 tahun ini. Menurutnya yang senang disapa Raidah, dia dan ibunya ditempatkan di pusat kuarantin yang sama di Kota Bharu, Kelantan manakala adik, kakak serta seorang anak saudaranya dibawa ke hospital. Salah seorang ahli keluarga Raidah dibawa ke hospital. "Daripada sembilan ahli keluarga, lapan disahkan positif Covid-19... hanya abang saya seorang saja negatif dan dia kini tinggal berasingan di rumah sewanya buat sementara waktu sehingga rumah kami disanitasi," ujarnya yang menjalankan bisnes sendiri. Sudah tujuh hari ditempatkan di pusat kuarantin, Raidah berkata dia hanya mengalami simptom demam, batuk dan sakit kepala, begitu juga dengan ibunya yang mengalami demam ringan. "Adik saya dimasukkan ke hospital sebab dia ada sejarah asma. Saya bersyukur kerana abah hanya mengalami demam ketika dikuarantin, tiada yang serius. Dan hari ini (Ahad) insyaAllah abah dibenarkan pulang. Daripada sembilan ahli keluarga, lapan disahkan positif Covid-19... hanya abang saya seorang saja negatif. RAIDAH ALIMAH ZUBER "Saya dan ibu masih berbaki beberapa hari lagi dikuarantin di sini. Kami sekeluarga kini 'berpecah' dan setiap hari buat panggilan video bukan saja untuk update perkembangan diri, tetapi memberikan kata sokongan untuk sama lain," ujarnya. Menurut Raidah, dia sendiri tidak mempunyai jawapan bagaimana keluarganya dijangkiti virus tersebut memandangkan tiada kes Covid-19 dilaporkan di kejiranan mereka. "Tak tahu puncanya daripada mana tapi terkilan kerana keluarga sendiri pula terkena... bukan apa, sebab ibu bapa saya dalam golongan berisiko. Tapi kini kami tumpukan usaha untuk pulih. Raidah (kiri) dan ibunya ditempatkan di pusat kuarantin yang sama dan masih belum dibenarkan pulang. "Tak sabar nak reunite dengan keluarga semula dan InsyaAllah, selepas semuanya sihat, kami bercadang nak buat makan-makan kecil hanya untuk keluarga... ibarat nak sambut raya lagi sekali sebab Aidilfitri tempoh hari tak terasa raya. "Apa yang boleh saya katakan, apa yang kami lalui ini adalah ujian, pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga. Janganlah ambil remeh atau pentingkan diri. Kalau keluarga sendiri terkena baru tahu rasanya," katanya lagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!