MACAM drama Korea! Rata-rata netizen memuji video yang dihasilkan oleh seorang pemuda yang dimuat naik di aplikasi TikTok. Manakan tidak, video berkenaan persis drama Korea (K-drama) bersiri popular, Goblin menerusi lagu runut bunyi (OST) Beautiful nyanyian Crush atau Shin Hyo-seob. Siapa sangka ia merupakan rakaman video pra-perkahwinan satu pasangan, dan pastinya membuatkan mereka yang menonton terbuai-buai perasaan. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tertipu! Foto tular ala-ala drama Full House ini bukan dirakam di Korea, tapi di Kedah - "Ada yang tanya beli basikal kat mana" ARTIKEL BERKAITAN: Sering kongsi kisah wanita dan cinta, tapi ramai lebih berminat tengok wajah ala bintang Korea jejaka ini - "Saya tanya kawan kena perli, malu" Pemuda berkenaan, Hajjuwan Hamid berkata, rakaman tersebut merupakan video pra perkahwinan yang dibuat atas permintaan kakaknya yang meminati drama-drama Korea. Antara babak dalam video pra perkahwinan. foto instagram Hajjuwan_Wasabi Anak muda berusia 22 tahun itu memberitahu, kakaknya selamat bernikah dengan jejaka pilihan pada 31 Mei lalu di Pejabat Kadi Johor Bahru, Johor. "Kakak seorang pengikut drama-drama Korea terutama drama Goblin. Rasanya rata-rata peminat drama Korea di Malaysia suka dengan drama ni yang romantik. "Kakak menyuarakan hasrat kepada saya minta untuk merakamkan video pra perkahwinan dia berinspirasikan video OST drama Goblin. Jadi saya penuhi permintaan dia," katanya kepada mStar. Di sebalik pembikinan video. Lebih dikenali sebagai Hajjuwan Wasabi, katanya, permintaan kakaknya yang berusia 26 tahun itu sebenarnya disuarakan kira-kira tiga tahun lalu pada 2018. "Sebelum bercinta lagi kakak memang nak ada video pra perkahwinan ala drama Goblin. Kakak single masa tu, tapi sebab drama Goblin tengah popular waktu tu. Kakak seorang pengikut drama-drama Korea terutama drama Goblin. Sebelum bercinta lagi kakak memang nak ada video pra perkahwinan ala drama Goblin HAJJUWAN WASABI "Kakak bertemu jodoh pada 2020. Bila dah nak kahwin pada 2021, saya teruslah merealisasikan video yang diidam-idamkannya tu," ujarnya yang berasal dari Pasir Gudang, Johor. Menurut anak ketujuh daripada lapan beradik itu, video itu dirakamkan di taman rekreasi Hutan Bandar di Johor Bahru, pada Ramadan lalu. Rakaman dibuat pada Ramadan lalu. Berkongsi pengalaman, Hajjuwan Wasabi yang merupakan juruvideo sejak dua tahun lalu mengakui pembikinan video begitu mencabar kerana bulan puasa selain cuaca panas. "Lepas tu pada asalnya nak rakam ikut satu babak pelakon drama Goblin pegang payung masa hujan. Tapi bila dah sampai ke lokasi, baru perasan terlupa bawa payung. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! "Tak jadi masalah kalau tak hujan pun, sebab kalau ada payung boleh tukar mood sejuk-sejuk macam turun salji guna serpihan polisterin. "Dugaan cuaca panas, kami semua berpeluh selepas buat rakaman lebih-lebih lagi kakak yang gigih lilit mafla merah sama macam pelakon wanita dalam drama tu ketika cuba melakonkan babak yang sama," katanya sambil menambah kakaknya meminati pelakon Korea Selatan, Gong Yoo dan Kim Go-eun. Kakak Hajjuwan Wasabi (kiri) bernikah pada 31 Mei 2021. Dalam pada itu, Hajjuwan Wasabi yang turut menghasilkan video korporat, produk dan perkahwinan mendedahkan dia menggunakan props bunga plastik yang diambil dari rumah untuk salah satu babak di dalam video. "Babak tunang kakak (kini suami) bagi bunga kat kakak tu yang menjadi highlight di dalam video. Saya guna bunga plastik yang saya 'rembat' kat pasu di ruang tamu rumah. "Risau juga kalau mak bising bunga tu dibawa keluar. Bila dah habis buat rakaman, saya tak letak semula bunga tu di ruang tamu. Nasib baik mak tak cari," ujarnya secara berseloroh. View this post on Instagram A post shared by W a S a B i Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!