suria

Gadis ini tak boleh makan walau sebutir nasi putih, nasi berwarna tak ada masalah! - “Saya gembira jumpa ramai geng mengada”

Ayu akan muntah sekiranya dia termakan walaupun sebutir nasi putih.

NASI merupakan makanan ruji masyarakat di Malaysia sejak dahulu lagi.

Malah bagi sesetengah individu, hidup ini tidak lengkap tanpa nasi putih.

Tapi berlaku situasi sebaliknya kepada seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu Zulaiqa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan mudah nak masuk penjara terbesar dunia” - Rakan NGO percaya Ebit Lew selamat, kongsi pengalaman pernah 36 kali cuba masuk Gaza tapi tak lepas

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap bantu walau tiada pengalaman! Polis wanita jadi ‘bidan’ sambut bayi lahir dalam kereta, tali pusat belit leher - “Nampak SJR, suaminya terus u-turn”

Video yang dikongsi gadis berusia 20 tahun ini tular di laman TikTok apabila dia mendedahkan mengenai dirinya yang tidak boleh makan nasi putih.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bercakap kepada mStar, gadis yang lebih mesra disapa Ayu ini berkata dia akan berasa loya dan muntah sekiranya termakan nasi putih.

"Memang dari kecik sampai sekarang umur dah 20 tahun memang tak makan nasi.

“Saya tak tahu kenapa tapi bau pun tak boleh apatah lagi kalau saya makan nasi tu nanti saya akan rasa loya lepas tu muntah.

“Dan selagi otak saya masih fikir pasal nasi yang saya makan, saya akan muntah,” katanya.



Ayu tiada masalah makan nasi berwarna seperti nasi kerabu.

Menurut anak kelahiran Negeri Sembilan ini dia bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah untuk makan nasi yang berwarna serta pulut.

“Beras pulut macam lemang, pulut kuning semua tu boleh makan, termasuk nasi briyani, nasi ayam, nasi tomato.

“Yang tak boleh cuma nasi putih, nasi impit, sushi, onigiri.. sebab warnanya putih.

“Contohnya saya tengah makan nasi kerabu kemudian tiba-tiba dalam nasi kerabu tu ada sebutir je nasi putih, terus saya akan muntah dan tak akan sentuh dah nasi tu,” katanya.



Ayu merupakan satu-satunya individu dalam keluarganya yang tidak boleh makan nasi putih.

Menurut Ayu ahli keluarganya yang lain tidak mempunyai masalah yang sama dengan dirinya.

“Dalam keluarga saya seorang sahaja yang pelik (tak boleh makan nasi putih) tapi saya tak pernah sampai pergi jumpa doktor

“Mak saya masa mula-mula dulu risau juga ingat anak aku je ke yang pelik, tapi bila makin besar dia jumpa ramai orang yang tak makan nasi, jadi dia faham apa yang saya alami ni perkara biasa,” katanya.



Ayu akan makan mee, bihun, kuey teow, maggie, macaroni dan spaghetti sebagai pengganti nasi.

Menurut Ayu, sebagai pengganti kepada nasi, dia akan makan bihun, mee, kuey teow, mi segera, macaroni dan spaghetti.

“Makanan kegemaran saya char kuey teow, Ya Allah sedapnya!” ujarnya.

Ayu bagaimanapun mengakui bahawa perasaan teringin untuk makan nasi itu sentiasa ada.

“Tipu la kalau kata tak ada rasa nak makan nasi sebab tengok orang lain makan macam sedap je kan.

“Dapat pula kalau makan dengan lauk pauk yang sedap-sedap, memang kecur air liur tengok.

“Tapi tu la, kalau saya cuba makan nanti saya muntah,” katanya.

Tipu la kalau kata tak ada rasa nak makan nasi sebab tengok orang lain makan macam sedap je kan

AYU ZULAIQA

“Saya tak ada la rasa macam hilang nikmat hidup ke tapi kadang terkilan sebab ramai orang cakap saya mengada dan mereka tak percaya, rasa down juga sebab mereka perli saya kaya asyik makan western je.

“Tapi lepas habis sekolah saya beranikan diri buat content TikTok pasal saya tak boleh makan nasi dan sejak dari tu saya gembira sangat sebab saya jumpa ramai kawan yang sama macam saya... 'geng mengada',” selorohnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain