BERPANTANG maut sebelum ajal. Itulah pepatah yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang dilalui pasangan suami isteri ini apabila ditimpa kemalangan, Januari lalu. Jika melihat keadaan kereta yang remuk teruk, tiada siapa yang menyangka nyawa mereka terselamat, malah hanya mengalami kecederaan ringan. ARTIKEL BERKAITAN: Ujian PKP 2.0 lebih dahsyat, pengantin baru terpaksa redah panas jual burger naik motor - “Buka kedai berjam-jam, pelanggan tak sampai lima orang” ARTIKEL BERKAITAN: 8 kali tangguh kahwin, pengantin lelaki menangis 2 kali di majlis nikah sebelum buat kejutan kereta Mustang untuk isteri - “Dia nak pujuk, saya asyik down je” "Tragedi 2 Januari 2021, LPT Kuantan. Waktu ni nak ke Kuantan. Kami baru sebulan kahwin tapi Allah bagi kami dugaan," demikian kapsyen yang ditulis pada video tersebut yang sehingga kini meraih lebih dari 104, 000 jumlah tontonan. Mengimbas kembali insiden yang membuatkan dirinya trauma sehingga kini, Aiza Saruan berkata ketika itu dia dan suami bercadang untuk berbulan madu sambl menziarahi saudara di Kuantan, Pahang, memandangkan kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri. Aiza dihantar ke hospital oleh seorang pengguna jalan raya yang prihatin. Perjalanan dari Muar ke Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada mulanya lancar seperti biasa sehinggalah tiba-tiba hujan turun dengan lebat. "Masa tu dah sampai kawasan Gambang. Mata saya masa tu macam nak terlelap, dan sekelip mata tiba-tiba suami kelam kabut kawal stereng kereta sambil tahan badan saya dengan tangannya. "Saya masa tu panik sambil bertanya apa yang sedang berlaku, hinggalah kereta berhenti sendiri di lorong kanan selepas terbabas langgar penghadang di sebelah kiri. "Dalam keadaan masih menggigil, kami capai apa yang penting dan terus keluar kereta bimbang kenderaan lain hentam kereta kami memandangkan hujan terlalu lebat, memang jarak pandangan terhad. "Ada beberapa kereta berhenti dan bertanya keadaan kami... masa tu saya masih belum rasa sakit tapi seorang pemandu berbangsa Cina tawarkan untuk hantar saya ke hospital di Kuantan, dan suami saya uruskan kereta kami," ujarnya. Aiza mengalami patah pada jari manis sebelah kanan akibat kemalangan tersebut. Akibat daripada kemalangan tersebut, Aiza patah jari manis di sebelah kanan dan terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan besi. Menurut wanita yang berasal dari Muar, Johor ini, sungguhpun kejadian tersebut sudah lebih lima bulan berlalu, namun ia meninggalkan impak yang cukup besar buat dirinya. "Kalau cakap pasal trauma, memang sampai sekarang saya masih trauma lebih-lebih lagi kalau naik kereta dan hujan. Kalau berjalan jauh, saya mula rasa insecure dan mudah teringat. "Bukan itu saja, kekuatan tangan kanan saya juga tak macam dulu. Jari tak boleh nak genggam dan tangan pun tak berapa kuat. Memang sukar sangat sebab sebelum ini banyak guna tangan kanan dalam aktiviti seharian. Kalau lihat balik gambar kereta, memang tak sangka orangnya masih hidup. Kereta tu total loss... tak boleh dibaiki dah. AIZA SARUAN "Sebelum ini saya buat bisnes sendiri jual kek, choco jar dan pencuci mulut sejak empat tahun lalu. Tapi sejak kemalangan tu, sampai sekarang saya belum mula berniaga semula. Ramai bertanya tapi saya hanya cakap 'nanti' saja.... tangan tak kuat dan saya masih sedang pulihkan semangat," katanya lagi. Tambah Aiza, dia dan suami bagaimanapun bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bernafas dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kalau lihat balik gambar kereta, memang tak sangka orangnya masih hidup. Kereta tu total loss... tak boleh dibaiki dah. Aiza dirawat selama tiga hari di hospital kerana perlu menjalani pembedahan pada jarinya. "Saya saja imbas balik dan muat naik di TikTok sebagai kenangan. Ramai rupa-rupanya yang kongsi cerita mereka juga alami musibah yang sama di lebuhraya berkenaan. "Tapi bagi saya, tak kira di mana-mana sekali pun, perlu sentiasa berhati-hati ketika memandu lebih-lebih lagi ketika cuaca hujan. Apa yang berlaku ini adalah pengajaran berharga untuk kami," ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)