"JERNIHNYA! Macam longkang dekat Jepun!" Demikian antara reaksi yang dilontarkan netizen terhadap satu perkongsian video memaparkan seorang pemuda berkubang di dalam sebatang terusan di kebunnya. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kejernihan air terusan berkenaan, malah ada menyuarakan rasa rindu kerana sudah lama tidak berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Subang ‘terperangkap’ di kampung bikin ramai cemburu, tak tahan rindu pulang ke desa - “Gagau ikan salah satu aktiviti wajib” ARTIKEL BERKAITAN: Lama merantau, lelaki ini pulang ke kampung semata-mata nak jadi YouTuber... jangan terkejut kerana pasangannya berusia 75 tahun! Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa 'cemburu' kerana tidak dapat merasai kebebasan sebagaimana mereka yang tinggal di kampung. Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih daripada 1.6 juta jumlah tontonan dalam tempoh kurang daripada 24 jam sejak ia dimuat naik. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Nuh Zamani Mohamad Jasni berkata, sebenarnya video tersebut merupakan video lama yang dirakam ketika PKP tahun lalu di kebun milik rakannya yang terletak di Kampung Baru Batu 16, Bagan Datoh, Perak. "Ketika itu kawan saya baru mengusahakan tanah rizab untuk dijadikan kebun tanaman pisang dan sayur-sayuran. Itu adalah kebun yang 100 peratus diusahakannya sendiri dan dengan modal sendiri. "Sebelum ini dia hanya mengusahakan kebun milik keluarga. Jadi saya turut membantunya ketika baru nak buka kebun tersebut. Tanah tersebut baru ditolak dan dibersihkan sebelum nak mula bercucuk tanam. Kebun pisang dan sayur-sayuran yang diusahakan oleh rakan Zamani terletak di Kampung Baru Batu 16, Bagan Datoh. "Jadi parit dan saliran buat baru juga. Di sebelah tanah tu ada terusan besar, jadi air terusan besar mengalir bercampur dengan air hujan. Memang jernih. Yang dalam video tersebut adalah tuan kebun. "Ketika itu kami baru lepas bekerja di kebun. Bila penat, terjun pula dalam air yang sejuk.... memang perasaan best sangat, " kata pemuda berusia 22 tahun itu. Senang disapa sebagai Zamani, pemuda yang juga graduan Diploma Pengajian Muamalat dari Kolej Profesional Baitulmal, Cheras, ini berkata, hasil kebun milik kawannya juga sudah boleh dituai ketika ini memandangkan sudah setahun berlalu. Zamani (berbaju hitam) sering membantu rakannya di kebun pisang ketika masa lapang. "Sekarang ni saya jarang-jarang ke kebunnya kerana terikat dengan kerja dalam bidang kurier... kalau ada masa lapang dan kawan saya memerlukan bantuan untuk usahakan kebunnya, barulah sempat ke sana. Tambahan pula ketika ini masih PKP, " kata pemuda berusia 22 tahun itu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Zamani, rakannya itu sememangnya graduan dalam jurusan pertanian dan bercita-cita untuk menjadi seorang agropreneur muda. "Masa mula-mula dia bercerita nak buat kebun dan bercucuk tanam, saya macam 'biar betul kawan aku ni... macam tak percaya'. Tapi saya yakin dia boleh sebab dia belajar bidang pertanian. Alhamdulillah, memang seronok suasana dekat kampung. Walaupun sekarang tengah PKP, tapi tak terkesan sangat. Banyak aktiviti yang boleh dibuat. MUHAMMAD NUH ZAMANI MOHAMAD JASNI "Maknanya ilmu pertanian itu dia manfaatkan. Saya sebagai rakan sekampung, satu sekolah, sangat bangga dengan apa yang dicapainya sekarang," katanya lagi. Menurut Zamani yang sedang menunggu panggilan untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda, dia tidak menyangka perkongsian yang dibuat secara suka-suka itu meraih perhatian ramai. "Saya upload pada malam Selasa, pagi Rabu tu terkejut tengok dah ratusan views. Komen pun banyak sampai tak sempat nak baca dan balas satu-satu. Tiga sahabat ini sememangnya merupakan anak jati Bagan Datoh. "Ramai yang kagum dengan air jernih dekat terusan tu... ramai juga yang luahkan rasa rindu dekat kampung. Ada juga yang kata, bertuahnya kami kerana tinggal dekat kampung kerana boleh buat macam-macam aktiviti. "Alhamdulillah, memang seronok suasana dekat kampung. Walaupun sekarang tengah PKP, tapi tak terkesan sangat. Banyak aktiviti yang boleh dibuat. "Ada ramai juga yang minta saya rekod lagi video dekat kebun tu. InsyAllah saya pasti akan rakam dan kongsikan jika ke sana," katanya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!