BARU berusia 17 tahun, namun kelincahan jari-jemari pelajar ini memetik gitar elektrik cukup mengejutkan ramai. Malah, video-video cover lagu yang dikongsi Afina Nazihah Anuar menerusi YouTube dan Instagram turut menerima pujian netizen. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Afina mendedahkan mula mempelajari alat muzik itu sejak berumur lapan tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Akaun TikTok pun mak yang buat, siapa sangka pemuda hebat usia 20 tahun ini dah pernah main violin depan Agong, 3 perdana menteri ARTIKEL BERKAITAN: Main alat muzik sejak kecil, cipta lagu dari umur 14 tahun... bekas pelajar engineering akui lagunya semua bunyi sama je "Saya masih lagi belajar di Sekolah Seni Malaysia, Johor. Saya masuk ketika usia 13 tahun. Tapi saya belajar gitar sejak darjah dua. "Saya cuba belajar sendiri menggunakan gitar abah. Pada waktu itu saya main chord biasa saja, masuk sekolah menengah baru saya belajar dengan lebih mendalam. "Selain gitar biasa dan gitar elektrik, saya juga pernah belajar main klarinet ketika tingkatan dua," ujarnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut remaja yang menetap di Mersing, Johor itu, penyanyi Najwa Latif menjadi inspirasi utama untuk dia mempelajari muzik. Malah katanya, dia turut menyimpan hasrat bergelar pensyarah muzik suatu hari nanti. "Masa saya kecil dulu, masa tu tengah hype mengenai Najwa Latif. Saya tengok di YouTube, terus rasa teringin nak belajar main gitar. Afina pendam hasrat beraksi di pentas besar suatu hari nanti. "Saya suka-suka saja belajar, YouTube yang menjadi cikgu saya. Masuk sekolah seni baru saya belajar secara formal. Menjadi impian saya juga untuk buat persembahan di pentas besar dalam lima tahun lagi. AFINA "Dalam keluarga, hanya saya seorang yang minat muzik. Tapi Alhamdulillah mak ayah bagi sokongan penuh, mereka faham minat saya. "Saya bercita-cita untuk jadi pemuzik ataupun pensyarah dalam bidang muzik," ujarnya yang kini memiliki tujuh gitar dalam simpanan peribadi. Menurut Afina, dia mula menghasilkan video cover gitar kerana mempunyai masa terluang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Malah katanya, dia terharu dengan penerimaan netizen, termasuklah yang seolah-olah sukar percaya dengan kebolehannya itu. "Sejak PKP tahun lepas saya bermula di YouTube dan Instagram. Pemilihan lagu kadang-kadang saya ikut permintaan followers, ada juga yang saya pilih sendiri. Sebahagian koleksi gitar miliknya. "Banyak masa disebabkan PKP. Mula-mula takut dan segan, tapi saya terharu baca semua komen. Mereka kata terkejut, tak sangka ada gitaris perempuan yang muda boleh main lagu solo macam ni. "Menjadi impian saya juga untuk buat persembahan di pentas besar dalam lima tahun lagi, " ujarnya yang juga meminati Hael Husaini dan AG Coco. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Kata anak kedua daripada tiga beradik itu, minat dalam apa jua bidang sekali pun harus disusuli dengan usaha. Menurut Afina, dia sudah meminati alat muzik itu sejak kecil lagi. Malah, kata-kata tidak enak harus dijadikan sebagai pembakar semangat untuk menapak lebih jauh sehingga berjaya. "Ada yang kata muzik tiada masa depan, tapi ia sebenarnya bidang yang luas... macam-macam kita boleh jadi. "Kalau kita rasa nak buat dan ia boleh datangkan faedah, buat saja. Go on, jangan dengar apa yang orang judge kita," ujarnya lagi. Antara video dia memetik gitar yang mencuri tumpuan termasuklah cover lagu Versace On The Floor (Bruno Mars), Sentuhan Kecundang (Ekamatra) dan She's Gone (Steelheart). Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!