KETIKA ini, telefon bimbit mempunyai pelbagai fungsi bukan sekadar untuk tujuan komunikasi semata-mata. Selain fungsi suntingan gambar atau video, aplikasi yang terdapat dalam telefon bimbit juga menyediakan pelbagai 'filter' untuk mengubah wajah seseorang mengikut kehendak masing-masing. Begitu juga dengan wanita ini yang tidak ketinggalan mencuba menggunakan filter lelaki bermisai, sekadar untuk bergurau dengan ahli keluarganya. ARTIKEL BERKAITAN: Hajat hati nak buat prank je, tak sangka mak ambil serius video tugasan anak - “Kau apasal cakap bohong, mama tak nak lah” ARTIKEL BERKAITAN: Buat prank kena pukul tapi pemuda terkejut sendiri, ayah tak buang masa terus call selepas terima mesej ‘gurauan bodoh’ – “Tak sempat saya sambung” Namun niat asalnya itu mendapat reaksi yang tidak disangka-sangka daripada si ibu yang bertindak memarahinya selepas dia menghantar gambar suntingan tersebut di dalam group WhatsApp keluarganya. "Kakak nak sangat ke jadi lelaki? Ibu dah cukup dah anak lelaki empat orang. Dapat seorang perempuan ibu dah bersyukur, kau pula buat macam ni," demikian bebelan ibunya yang dihantar menerusi 'voice note' dalam WhatsApp. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 15,000 jumlah tontonan dengan rata-rata netizen meluahkan rasa lucu dengan reaksi ibu wanita berkenaan. Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Nuramira Nabilla Md Rosli berkata, dia sendiri tidak menyangka ibunya akan memberikan reaksi terhadap gambar suntingan yang dihantarnya memandangkan dia tidak menjadi ahli dalam group WhatsApp keluarga. "Ibu tak ada WhatsApp, dalam tu ada kami lima beradik dan ayah sahaja tapi tiba-tiba mak pula yang respons. Rupa-rupanya ayahlah 'punca'... dia tunjuk gambar saya dekat mak, itu yang mak membebel. Majlis persandingan Nuramira pada September tahun lalu. "Saya edit guna filter saja-saja sebab nak tengok sama ada muka saya sebijik sama macam ayah atau tidak bila bermisai. Saya tak fikir apa-apa pun, cuma nak bergurau sebab kami sekeluarga memang suka menyakat antara satu sama lain. "Tapi mak pula guna handphone ayah dan balas dalam group WhatsApp. Tapi saya tak terkejut... sebenarnya mak pun bergurau juga bila balas macam tu, dia tak ambil serius. Memang begitulah kami sekeluarga suka sakat menyakat, " ujar wanita berusia 26 tahun ini. Nuramira merupakan satu-satunya anak perempuan daripada lima orang adik beradik. Menurut Nuramira, dia merupakan satu-satunya anak perempuan daripada lima adik beradik dan merupakan anak yang paling rapat dengan ibunya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Sebenarnya kalau nak ikutkan ayah yang garang... mak tak garang. Dia seorang yang lembut dan rapat dengan anak-anak. Dialah tempat saya bercerita dan meluahkan macam-macam. "Saya dah berkahwin pun, masih lagi rapat dengan mak... selalu je singgah rumah mak ayah sebab dekat walaupun tinggal di taman perumahan berbeza, tapi masih daerah yang sama iaitu Johor Bahru. Hanya 15 minit saja jarak perjalanan. Saya sebenarnya nak abadikan momen ini untuk diri sendiri... masa inilah kita nak kumpul memori dengan orang tersayang. NURAMIRA NABILLA MD ROSLI "Mak pula hari-hari telefon suruh datang singgah makan, selalu bersembang lauk apa dia masak... walaupun kedengaran macam garang dekat voice note tu tapi dia bergurau juga sebenarnya, " kata kakitangan sebuah bank ini. Menurut Nuramira lagi, dia sendiri tidak menyangka perkongsiannya mengundang perhatian ramai kerana sekadar suka-suka berkongsi kisah lucu. "Sebenarnya saya pun baru je belajar guna TikTok. Tujuan utama buka akaun adalah untuk tujuan kerja kerana saya dari bahagian pinjaman (loan), jadi saya nak sebarkan apa-apa info mengenai pinjaman. Nuramira kerap mengunjungi kedua-dua orang tuanya yang tinggal tidak jauh daripada kediamannya. "Video-video lucu pula hanya selingan. Tak sangka ramai terhibur. Ada yang luahkan rindu pada ibu masing-masing, ada yang cerita ibu mereka pun sama suka membebel, ada pula yang beritahu bertuahnya kerana punya keluarga yang happening. "Saya sebenarnya nak abadikan momen ini untuk diri sendiri... masa inilah kita nak kumpul memori dengan orang tersayang. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada semua yang beri komen positif dan terhibur, " ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!