SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara kita tahun lalu, ramai yang terkesan lebih-labih lagi dari segi kewangan. Apa yang lebih menyedihkan, ramai yang terpaksa dibuang kerja di saat banyak komitmen hidup perlu dilunaskan setiap bulan. Boleh dikatakan hampir semua orang berasa tidak tenang apabila memikirkan nasib pada hari esok dan hari-hari seterusnya.Perasaan ini turut dirasai oleh Khuzaimie, 23, apabila dia perlu melakukan dua pekerjaan sebagai rider Foodpanda dan pengawal keselamatan dalam satu masa bagi menyara kehidupannya dan keluarga. Khuzaimie sering berkongsi kisahnya di TikTok dan Instagram Reels yang menunjukkan dia melakukan dua pekerjaan dan video-videonya sering mendapat perhatian warganet. ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan PKP suami isteri jadi rider, cuma sempat layan anak sebelum tidur... kongsi nasi sebungkus makan cepat-cepat bimbang terlepas job!ARTIKEL BERKAITAN:Dulu jual beg di pasar malam, kini gigih jual burger demi cari rezeki, sara isteri masih belajar - “Tak mampu bayar sewa, kami pindah rumah mak saudara” “Saya bekerja sebagai rider Foodpanda dah setahun dan sejak sebulan lalu saya tambah pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, “Sebelum jadi rider Foodpanda, saya bekerja sebagai rider juga di sebuah syarikat namun saya berhenti sebab bayaran yang diberi tidak setimpal, View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Pada awalnya kerja rider Foodpanda ni sudah cukup untuk menampung kehidupan namun sejak akhir-akhir ini ramai yang mula buat kerja yang sama sebab ramai yang hilang pekerjaan. Jadi order pun jadi sedikit, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia ketika ini pun sedang kesusahan, “Saya mula sedar satu gaji sahaja tidak cukup untuk menampung kehidupan saya dan keluarga. Sebab itu, saya terpaksa tambah pekerjaan lain sebagai pengawal keselamatan,” cerita Khuzaimie ketika dihubungi mStar. Melakukan dua pekerjaan setiap hari bermakna Khuzaimie perlu mengorbankan masa bersama isteri, Syafiqah, 24, yang merupakan seorang suri rumah dan anaknya perempuannya Aufa Medina yang berusia lima bulan. Namun pemuda yang menetap di Melaka ini sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik untuk keluarganya.Khuzaimie tidak malu melakukan dua pekerjaan. “Saya akui perlu korbankan masa bersama anak dan isteri sejak buat dua pekerjaan. Tetapi apa yang saya lakukan ini pun demi mereka juga. Nasib baik isteri saya seorang yang memahami. Dia faham saya perlu mencari duit untuk membeli barang rumah, membayar motor dan membeli keperluan anak kami,” ujar Khuzaimie yang baru sahaja bergelar suami pada Februari tahun lalu. Khuzaimie juga turut berkongsi pengalamannya sepanjang menjadi rider dan pengawal keselamatan. Saya ingat lagi saya pernah kena prank semasa menghantar makanan kepada pelanggan dulu. Bila saya tiba di alamat yang diberi, rupa-rupanya saya berada di tanah perkuburan Cina. KHUZAIMIE PENGAWAL KESELAMATAN & RIDER “Kalau semasa bertugas sebagai pengawal keselamatan lain pula ceritanya. Saya menjaga kawasan perumahan mewah di Melaka Tengah. Setiap hari saya bekerja syif malam dan ada juga la beberapa malam saya akan dengar bunyi-bunyi yang menyeramkan. Kadang-kadang saya dengar bunyi orang menangis, “Tetapi perkara seperti ini normal la sebagai seorang pengawal keselamatan yang kerja malam,” cerita Khuzaimie. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! Ditanya tentang pandangan rakan-rakan apabila mengetahui dia melakukan dua pekerjaan dalam satu masa, Khuzaimie berkata ada kawan yang menyokong tindakannya dan ada juga yang memperlekehkan usahanya. “Kalau cakap tentang pandangan kawan-kawan ni ada yang menyokong sebab tahu saya betul-betul perlu cari rezeki. Namun ada juga kawan-kawan yang merendahkan usaha saya ini, “Mereka kata buat dua pekerjaan pun belum tentu boleh jadi kaya. Tapi bukan kekayaan yang saya kejarkan. Apa yang penting isteri dan anak ada tempat berlindung dan cukup makan pakai. Malas saya nak layan cakap-cakap orang macam ni,” katanya.Baru sebulan menjadi pengawal keselamatan, pekerjaan ini dilakukan demi menambah sumber pendapatan. Dalam pada itu Khuzaimie turut mengakui gajinya sebagai seorang rider juga tidak menentu. "Apa saya boleh kongsi bekerja sebagai rider ni ibarat seorang nelayan. Kalau rajin turun ke laut dan banyak menangkap ikan maka banyaklah hasil dan duit. Jika rajin turun ke laut tetapi ikan sedikit, maka sikit juga hasilnya. Sama juga macam rider makanan. Jika rajin keluar mengambil pesanan, maka tinggilah gajinya, "Semuanya bergantung pada usaha dan kehendak kita," jelasnya. Khuzaimie berharap agar keadaan di Malaysia semakin baik kerana tidak sanggup melihat orang lain yang lebih susah daripada dirinya. "Saya berharap negara kita akan lekas pulih. Kasihan semua orang yang menerima tempiasnya. Saya pun rindu suasana yang dahulu di mana saya perlu melakukan satu pekerjaan sahaja. Jadi, masa saya dan keluarga masih ada, "Kita sama-sama doakan yang terbaik," kata Khuzaimie. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]