suria

"Orang negeri fasa satu jangan cemburu!" - Penat berbasikal tak jadi hal, pemuda syok jelajah 'hidden spot' sekitar Perlis, bersama rakan

Amin berasa berbaloi menjelajah ke kawasan tersebut dengan berbasikal.

JAUH perjalanan, luas pemandangan. Itulah ungkapan yang sering dikaitkan apabila seseorang itu merantau dan mempelajari lebih banyak perkara baharu.

Namun bagi pemuda ini, dia tidak perlu merantau terlalu jauh untuk mencari pengalaman baharu kerana semua ada di dalam negeri kelahirannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap post video sampaikan ada yang menyampah, pelajar ini tak serik nak kongsi bakat... cover lagu Korea akhirnya meletup!

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh ‘buat’ bibir, gadis ini dah bosan asyik diaju soalan sama... nak fokus bisnes sup kambing tak lama lagi

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh Mohd Amin Hassan, 22, dia menjelajah bumi Perlis bersama beberapa rakannya ke kawasan berkelah yang tidak diketahui ramai.

Rakaman visual tersebut meraih hampir 110,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Mesra di sapa Amin, dia dan rakannya Wan Mohamad Aidiel Wan Shamsul Kamal, 23, berbasikal untuk menikmati keindahan alam di Bukit Jernih, Chuping, Perlis bersama dua lagi kawan mereka yang tinggal berdekatan kawasan itu.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, penduduk tempatan juga tidak tahu tentang kawasan tersebut kerana ramai yang bertannya tentang lokasinya apabila membuat perkongsian di laman Instagram.

"Sebenarnya kami memang berhasrat pergi ke Bukit Jernih dengan berbasikal dan ia antara aktiviti menjelajah hidden spot di Perlis termasuk berkelah sambil menikmati sarapan selain menyaksikan keindahan alam sekeliling.

IMG_5884

Aktiviti yang dilakukan sambil menikmati pemandangan di beberapa kawasan penjelajahan mereka.

"Saya berani cakap yang tak ada orang lain yang tahu mengenai kawasan itu sebab saya pernah post gambar serta video di laman Instagram dan ramai DM tanya di mana lokasinya.

"Jadi saya rasa memang ramai penduduk Perlis yang tak tahu lokasi ini," katanya yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan di UiTM Kampus Arau, Perlis.

Amin yang juga perunding takaful memberitahu mereka juga meneroka sekitar Bukit Chabang, Gua Kelam, Timah Tasoh sertai banyak lagi kawasan dengan menaiki kereta dan motosikal.

Namun penjelajahan itu lebih berbaloi apabila mereka berbasikal ke setiap lokasi sambil menikmati pemandangan yang indah.

"Memang dah banyak spot dan kawasan yang dah saya dan kawan-kawan jelajah. Sebelum ni memang kami jelajah menaiki kereta dan motosikal, tapi dalam video itu saya dan rakan memang dah bercadang nak pergi lokasi tersebut dengan berbasikal.

"Bila berbasikal ni kita dapat menikmati betul-betul pemandangan yang ada di situ, penat tu sudah pasti tetapi kami sangat seronok! Orang cakap, walaupun penat tapi memang sangat berbaloi lah.

"Lagi pun kami kayuh basikal bermula seawal 6.30 pagi, jadi waktu nak pergi tu tidaklah sepenat waktu balik. Kehijauan bumi Perlis ni memang memberi ketenangan pada sesiapa yang menikmatinya.

Bagi saya, tak semua gurauan yang orang buat tentang Perlis itu adalah satu perkara yang negatif.

MOHD AMIN HASSAN

"Unsur alam di Perlis ni memang lain dari yang lain, ada satu ketika cuaca di sini sangat sejuk hingga bukit-bakau dilindungi kabus tebal. Pada waktu itu, pemandangan di Perlis sangat lawa, ala-ala overseas macam tu," ujarnya yang tinggal bersama keluarganya di Perumahan Polis Seriab, di Kangar.

Sebut sahaja Perlis, pasti ramai yang membuat gurauan tentang bilangan penduduk yang sangat kecil.

Namun bagi anak jati negeri itu, dia sedikit pun tidak terkesan malah menganggap ia salah satu cara untuk negeri kelahirannya itu mendapat perhatian ramai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bagi saya, tak semua gurauan yang orang buat tentang Perlis itu adalah satu perkara negatif. Saya ambil perkara positif saja kerana mungkin dengan gurauan itu membolehkan Perlis mendapat lebih perhatian daripada orang luar.

"Kalau tanya Perlis special atau tak, jawapannya Ya. Ya kita kena akui, kalau dari segi sektor perlancongan, Perlis taklah sehebat seperti negeri lain. Tapi sebenarnya, Perlis ni 'menghidangkan' view yang sangat cantik, nature yang best dan banyak hidden spot lawa.

Amin (kanan) merupakan anak jadi kelahiran Perlis.

"Untuk mereka yang menetap di negeri yang masih berada dalam fasa pertama atau kedua, saya mendoakan yang terbaik buat mereka. Apa yang saya boleh katakan agar mereka semua kekal tenang dan menjaga keselamatan diri serta keluarga.

"Kita semua kena bersatu dalam perkara ni untuk memastikan Malaysia akan pulih daripada pandemik berbahaya tak lama lagi. Saya harap janganlah cemburu atau iri hati dengan norma kehidupan rakyat Perlis, sebaliknya jadikan ia sebagai satu pemangkin semangat untuk kita terus teguh bersatu dalam mengembalikan norma kehidupan yang normal," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain