KEHIDUPAN di desa sememangnya begitu menyeronokkan. Bukan sahaja suasananya yang tenang dan mendamaikan, malah pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan. Jika ditelusuri di media sosial, terdapat banyak video yang dikongsikan oleh warganet mengenai aktiviti mereka di desa, secara tidak langsung dapat mengubati rindu golongan warga kota yang sudah lama tidak dapat pulang ke kampung halaman. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Subang ‘terperangkap’ di kampung bikin ramai cemburu, tak tahan rindu pulang ke desa - “Gagau ikan salah satu aktiviti wajib” ARTIKEL BERKAITAN: Lama merantau, lelaki ini pulang ke kampung semata-mata nak jadi YouTuber... jangan terkejut kerana pasangannya berusia 75 tahun! Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok baru-baru ini, seorang gadis memuat naik video ketika dia bersama keluarga melakukan aktiviti 'menggagau ikan' di bendang, yang sehingga kini meraih lebih daripada 1.4 juta tontonan. Apa yang menarik perhatian ramai adalah keberanian gadis ini menggagau ikan di dalam terusan berselut sebelum berjaya menangkap seekor haruan sebesar lengan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Nur Dayana Mohd Fairuz berkata aktiviti menggagau ikan sememangnya menjadi satu aktiviti 'wajib' bagi keluarganya dan penduduk kampung setiap kali tibanya musim menuai padi. "Sebenarnya dari kecil lagi saya dah biasa ikut ayah dan ibu ke bendang untuk menggagau ikan. Kalau dulu saya 'mengekor' dan jadi tukang bawa baldi je sebab tak berani lagi... lagipun ada yang bersengat. "Bila dah bersekolah, barulah ibu dan ayah berani lepas. Kalau dulu memang dapat banyak ikan setiap kali turun menggagau, sekarang ni dah kurang sikit. Antara hasil tangkapan keluarga Yana baru-baru ini. "Paling best, selepas balik dari menggagau, kami akan siang ikan dan terus masak untuk makan bersama-sama. "Sebelum pandemik, saudara mara dari daerah lain pun akan join sekali menggagau kalau balik kampung. Memang meriah. Tapi sekarang ni kami sekeluarga saja," ujarnya gadis yang menetap bersama keluarganya di Kampung Tali Air 12 Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor. Antara ikan yang sering menjadi habuan mereka sekeluarga adalah ikan sepat, puyu, keli dan haruan. 'Picnic' di sawah juga merupakan antara aktiviti yang dilakukan oleh keluarga Yana. Bercerita mengenai keseronokan menggagau ikan, gadis yang senang disapa sebagai Yana ini turut berkongsi pengalamannya yang pernah terkena sengatan ikan keli. "Pernah je terkena tapi syukur tak sampai melarat teruk, berdenyut-denyut saja. Ayah saya biasa kena. Paling teruk, boleh sampai demam. Tapi memang selalu beringat sebab ibu ayah banyak kali pesan. Saya tak geli dengan pacat atau lintah, tapi risau kalau ia 'naik' atau merayap dekat tempat tak sepatutnya. SITI NUR DAYANA MOHD FAIRUZ "Kalau bab ular tu, tak dinafikan memang ada... lebih-lebih lagi kalau dekat parit. Kita fikir ia lubang belut tapi sebenarnya lubang ular. Saya tiada pengalaman lagi terpegang ular... mohon dijauhkan sangat. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Tapi ramai pula yang 'concern' bab pacat atau lintah lepas tengok video tu. Sebenarnya boleh dikatakan dekat kawasan bendang sini tak ada pacat sangat. Saya tak geli dengan pacat atau lintah, tapi risau kalau ia 'naik' atau merayap dekat tempat tak sepatutnya. "Namun perasaan teruja dan seronok menggagau ikan melebihi perasaan takut atau geli. Apa yang penting, kita berhati-hati dan doakan moga dijauhkan perkara tak diingini," ujarnya yang juga lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan sedang menunggu kemasukan ke pusat pengajian tinggi. Yana gemar menghabiskan masa terluang bersama keluarganya sebelum menyambung pengajian ke isntitusi pengajian tinggi, tidak lama lagi. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Yana berkata dia sekadar berkongsi aktiviti yang dilakukannya bersama keluarga di kampung untuk dijadikan kenangan. "Inilah aktiviti yang kami lakukan untuk habiskan masa bersama-sama. Orang kata, masa berkualiti bersama keluarga. Iyalah, nak berjalan jauh tak boleh. Selain menggagau ikan, kami berbasikal hirup udara petang sebab seberang jalan je ada pantai. Yana dan keluarganya menetap di Sekinchan, Selangor. "Pernah juga kami 'picnic' dekat bendang. Pacak khemah, masak makanan simple dan nikmati masa bersama keluarga. "Tak sangka pula dapat jumlah tontonan yang tinggi dan komen pun banyak. Ramai yang luahkan rasa rindu sebab lama tak balik kampung. Mudah-mudahan pandemik ni reda cepat supaya kehidupan kita kembali seperti biasa," ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!